Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Nana Sedang Dalam Rundingan Untuk Sertai Jeon Yeo Bin Dalam Siri Terbaru Netflix Berjudul “Glitch”

Nana dilaporkan bakal sertai barisan pelakon siri terbaru Netflix berjudul “Glitch”, lapor IIgan Sports (via Soompi).

Laporan media disahkan agensinya, Pedis Entertainment yang kemudiannya mengeluarkan kenyataan, “dia kini sedang mempertimbangkan tawaran untuk membintangi siri Netflix itu”. 

“Glitch” akan diarahkan oleh Roh Deok, dan ditulis oleh Jin Han Sae, penulis yang pernah terlibat dalam siri Netflix “Extracurricular”, dan diterbitkan studio 329.

Siri terbaru itu adalah mengenai seorang wanita yang mencari teman lelakinya yang hilang dalam cahaya yang tidak diketahui. Dengan bantuan komuniti pemerhati UFO, dia membongkar kebenaran di sebalik misteri kehilangan teman lelakinya.

Sebelum ini, pelakon Jeon Yeo Bin disahkan membintangi “Glitch” dengan memainkan peranan sebagai Hong Ji Hyo, wanita yang kehilangan kekasihnya.

Jika Nana menerima tawaran, dia akan berperanan sebagai Heo Ba Ra, streamer Twitch yang tidak berjaya dan YouTuber dengan hanya beberapa ratus pelanggan, yang mana kebanyakkan kontennya adalah mengenai misteri. Dia seorang ‘keyboard warrior’ yang menggunakan papan kekunci sebagai senjatanya, dan dia juga merupakan ahli komuniti pemerhati UFO. Dia menghabiskan masa dalam bilik, menyunting videonya.

Dalam perkembangan lain, Nana bakal muncul dalam drama terbaru MBC berjudul “Oh My Ladylord”, disampaing Lee Min Ki, dan rancangan itu akan disiarkan pada 24 Mac ini.

Related posts

“Vincenzo” & Song Joong Ki Paling Popular Untuk Minggu Ke-2 Berturut-turut

Zulaikha

[TRAILER] WarnerMedia And CATCHPLAY Announce New Taiwan Series ‘Trinity Of Shadows’

Isqandar

8 KOREAN MOVIES YOU’LL ENJOY WHEN YOU WANT SOMETHING DARK & GRITTY

Zulaikha

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha