Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Semakin Popular Dengan Drama It’s Okay to Not Be Okay, Kim Soo-hyun Tetap Merendah Diri


Drama terbaru It’s Okay to Not Be Okay semakin mendapat sambutan hangat penonton, dan berkemungkinan besar dapat menandingan drama Crash Landing on You lakonan Hyun Bing dan The King: Eternal Monarch lakonan Lee Min-ho.

Populariti drama tersebut secara tidak langsung melonjakkan nama salah seorang pelakonnya, Kim Soo-hyun.

Soo-hyun kini dikhabarkan bakal bersaing rapat degan Hyun Bin dan Lee Min-hi sebagai pelakon yang mendapat bayaran tertinggi untuk K-drama tahun ini.

Walaupun semakin popular, dia tetap merendah diri. Malah, menerusi perkongsian foto di Instagram, dia mengucapkan terima kasih kepada pelakon Lee Hong Ki.

Bergambar di hadapan lori makanan yang dihadiahkan Hong Ki padanya, di ‘banner’ tertulis ‘Askar Lee Hong Ki sentiasa menyokong Soo-hyun.


Perkongsian foto Soo-hyun itu menjadi tarikan pengikutnya yang begitu memuji keperibadian pelakon itu yang dianggap terbaik.

Kebanyakan komen ditulis warganet sangat menyokong tindakan Soo-hyun yang mengambil pendekatan berterima kasih dengan pemberian sahabatnya itu.

Jika Soo-hyun sibuk dengan lakonan, Hong Ki pula kini menjalani latihan ketenteraan sejak September tahun lalu dan sekarang terikat sepenuhnya dengan tanggungjawab tugas yang dipikul.

Hubungan persahabatan Soo- hyun dan Hong Ki dikatakan sangat rapat kerana mereka sentiasa saling menyokong di antara satu sama lain dalam kerjaya seni diceburi.

Sumber: Harian Metro.

*It’s Okay to Not Be Okay kini boleh ditonton di Netflix


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee