Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Aaron Taylor Johnson Ketuai Barisan Pelakon 28 YEARS LATER


28 Years Later menyenaraikan barisan pelakon bintang untuk filem sekuel akan datang. Menurut Deadline, pelakon Aaron Taylor-Johnson dan Ralph Fiennes telah disahkan membintangi filem terbaru francais zombi popular itu.

Mereka berdua akan menyertai Jodie Cormer, dengan Danny Boyle akan berkhidmat sebagai pengarah dan Alex Garland sebagai penulis.

Filem itu akan berfungsi sebagai sekuel kepada kedua-dua filem terdahulu, 28 Days Later dan 28 Weeks Later, dan ia juga akan memulakan trilogi baru di Sony Pictures.

Plot 28 Years Later masih belum didedahkan, begitu juga peranan yang bakal dibawa oleh Comer, Taylor-Johnson dan Fiennes.

Baru-baru ini juga media melaporkan bahawa Nia DaCosta akan mengarahkan sekuel 28 Years Later, yang juga merupakan trilogi baharu itu francais itu.


Danny Boyle dan Alex Garland sebelum ini terlibat sebagai pengarah dan penulis untuk filem pertama, dan kedua-dua mereka berkhidmat sebagai penerbit dalam filem kedua yang diterbitkan pada 2007.