Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
ReviewSlot Tempatan

Review Filem: Imaginur (2023)


Sebuah filem tempatan menjengah penonton di pawagam bermula 23 Februari 2023 yang membariskan bintang filem ternama tanah air seperti Beto Kusyairy, Diana Danielle, Afdlin Shauki, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Filem ini diterbitkan oleh Lunatics Film, diarahkan Nik Amir Mustapha dan hasil tulisan bersama Redza Minhat. Filem ini mula menjalani penggambaran pada awal 2020 namun oleh kerana pandemik COVID-19 yang melanda, penggambarannya ditangguh kepada akhir 2020.

Mengisahkan tentang kisah hidup seorang lelaki yang dikenali dengan nama Zuhal. Zuhal pada mulanya dilihat menjalani kehidupannya seperti biasa namun mula berubah setelah ditegur oleh seorang wanita berumur di sebuah hospital setelah bersama bapanya mendapatkan rawatan di situ.

Dalam kekabutan yang dialaminya, bayangan seorang wanita bernama Nur timbul di mata Zuhal dan perkara ini sangat mengganggu Zuhal. Beliau terus menerus berusaha untuk mencari siapakah sebenarnya wanita ini.

Filem ini dilihat begitu berani dalam cara dan kaedah olahannya. Walaupun konsep yang digunakan agak tipikal iaitu kisah cinta. Namun olahan kisah cinta yang dipamerkan dalam filem ini bermula awal sehingga akhirnya begitu menakjubkan.


Pada permulaan, penceritaan dilihat bermula pada satu jalan sahaja namun setelah beberapa ketika muncul beberapa jalan lain yang mungkin dilihat sedikit mengelirukan namun ia tetap membawa kepada pengakhiran yang indah.

Apa yang berjaya menarik minat saya selebihnya berkenaan filem ini adalah dengan penggunaan beberapa istilah dan keadaan kesihatan mental seperti serangan panik, Alzheimerā€™s Disease, hipnosis dan sebagainya. Tahniah diucapkan kepada pihak produksi kerana berusaha dan berjaya menerokai penyakit yang agak jarang untuk diketengahkan dalam filem tempatan secara serius iaitu Alzheimer ini.

Mungkin ada filem atau telefilem lain yang pernah menggunakan penyakit ini namun ia tidak sebagus Imaginur dari segi olahan dan juga penggunaan konsep.

Selain daripada jalan cerita yang menarik, filem ini diserikan lagi dengan penataan bunyi dan cahaya yang cukup memukau. Dikhabarkan filem ini sepatutnya menjalani penggambaran di Jepun atas alasan lokasi, namun oleh kerana sekatan sempadan yang dikenakan akibat COVID-19 beberapa tahun lalu, filem ini diteruskan penggambarannya di Malaysia sahaja.

Walaupun begitu, hasilnya tetap memukau dan mampu memberhentikan gerakan tangan anda menyuap bertih jagung ke dalam mulut.

Sesungguhnya filem ini adalah sebuah filem yang begitu lain daripada kebanyakan filem tempatan yang ada. Bukan sahaja berani memecahkan rasa namun juga mampu memberi satu anjakan paradigma kepada produk filem tanah air.

Sepertimana yang pernah saya utarakan lama dahulu berkenaan hasil filem tanah air ā€“ ā€œKita tidak memerlukan CGI yang berat berat untuk menampakkan filem kita sebagai sebuah filem yang bagusā€.

Rating Kakimuvee

5/5


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ā€˜Kau vs Akuā€™ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee