Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Fasha Sandha Dedahkan Isu Kesihatan Mental Selepas Bersalin Dalam Siri Psiko Thriller ‘Serpihan Sayang’ di iQIYI


Peminat Fasha Sandha yang menikmati lakonannya sebagai penggoda penuh dendam iaitu Datin Safieya menerusi karya Original tempatan iQIYI, Rampas Cintaku, kini boleh mengikuti drama psiko thriller yang amat dinanti-nantikan, Serpihan Sayang di platform iQIYI. Serpihan Sayang kini ditayangkan di TV3 menerusi slot Samarinda pada jam 10 malam.

Anda tidak perlu risau jika terlepas tayangan drama inin di TV, kerana anda boleh menonton siri penuh debar ini setiap hari Isnin hingga Khamis menerusi www.iQ.com/local atau aplikasi iQIYI. Bagi pengguna VIP, anda boleh terus akses ke episod terkini secara ekspres sejam selepas ditayangkan di TV3, manakala penonton lain boleh menontonnya secara percuma episod terbabit 48 jam selepas ditayangkan di TV.

Drama bersiri 15 episod yang dibawakan kepada anda oleh Media Prima ini mengisahkan tentang Nadia (lakonan Fasha Sandha), seorang wanita yang disahkan mengidap penyakit Postpartum Psikosis selepas keguguran anaknya. Dalam usaha untuk pulih, beliau bertemu abang suaminya dan beberapa peristiwa yang berlaku mula mencetuskan episod psikosisnya. Adakah Nadia mampu pulih, siapakah Imran, dan apakah yang Imran mahukan dari Nadia dan keluarganya?

Serpihan Sayang arahan Amor Rizan juga menampilkan nama-nama besar seperti Aeril Zafrel, Shahz Jaszle, Elisya Sandha, Zarina Zainoordin, Ameerul Asyraf, Amirul Asyhwad, Tallisya, Nick Syaf, Syed Irfan dan ramai lagi.

Aplikasi iQIYI boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store.



Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee