Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Penerbit Filem ‘Pulau’ Sasar Kutipan RM7 Juta

Meskipun berdepan dengan kontroversi sebelum ini, penerbit filem Pulau, Fred Chong tetap optimis dengan meletakkan sasaran kutipan lebih RM7 juta, lapor Harian Metro

Menurut penerbit itu, mereka percaya filem arahan Euho itu mampu mencecah kutipan pecah panggung dengan menarik penonton tempatan ke pawagam walaupun ia pernah berdepan dengan kecaman netizen sebelum ini. 

Fred berkata lagi, pihaknya juga terpaksa memotong 10 babak dalam filem itu bagi mendapatkan klasfikasi PG13.

“Sebagai penerbit, kami terpaksa memotong sebanyak enam babak dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) pula memotong empat lagi babak menjadikan keseluruhan sebanyak 10 babak dalam filem ini dipotong untuk mendapatkan klasifikasi PG13 dan tayangan di pawagam tempatan,” katanya.

Pulau yang akan ditayangkan mulai 9 Mac ini sepatutnya ditayangkan di 127 panggung wayang di seluruh negara. Namun, dikurangkan kepada 124 panggung apabila kerajaan negeri Terengganu mengharamkan tayarang filem itu di tiga panggung di sana.

Dalam pada itu, Fred berkata, pihaknya masih menunggu keputusan rayuan untuk membatalkan pengharaman tayangan filem ini di Terengganu.

Bagaimanapun, kata Fred, Pulau juga lulus tanpa sebarang potongan untuk tayangan di Singapura, tetapi untuk tayangan di Brunei sebanyak 17 babak dipotong.

Dalam laporan sebelum ini, filem terbitan My Way Pictures dengan kerjasama Film Force dan WebTVAsia itu mencetuskan kontroversi apabila trailer menerima kecaman hebat netizen gara-gara memuatkan babak panas dan pelakon berpakaian seksi.

“Kami berharap filem ini tidak berdepan dengan kerugian. Cuma ada beberapa penaja yang menarik diri sebelum ini.

“Namun, kami percaya Pulau adalah filem yang baik dan harus ditonton. Kami harap penonton menerima filem ini dengan hati terbuka,” katanya.

Related posts

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Kutipan Minggu Pertama ‘Shazam! Fury of the Gods’ Jauh Lebih Rendah Dari ‘Black Adam’

Kakimuvee

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Leave a Comment