Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jared Leto Kembali Bawa Watak Joker Dalam Filem Justice League

Nampaknya, Jared Leto kembali membawa watak Joker dari filem Suicide Squad!’

The Hollywood Reporter melaporkan bahawa, Leto telah dipanggil untuk terlibat dalam penggambaran semula filem Justice League suntingan Zack Snyder. Penggambaran semula itu juga turut melibatkan pelakon seperti Ben Affleck, Ray Fisher dan Amber Heard.

Selepas gagal dipentas box office, Justice League akan dihidupkan semula oleh Zack Snyder dengan suntingan baru seperti yang dimahukan peminat. Dengan kos sekitar $70 juta dolar untuk menyiapkan suntingan dan visual mengikut visi asal pengarah, peminat dijangka akan merasa puas dengan versi terbaru Justice League.

Akan ditayangkan di HBO Max tahun hadapan, Justice League akan dipecahkan kepada 4 bahagian, yang mana setiap bahagian akan berdurasi 1 jam, serta akan dilancarkan dalam versi penuh, iaitu filem yang berdurasi 4 jam.

Didorong untuk memulihkan sifat kemanusia dan diinspirasikan dari tindakan Superman yang tidak mementingkan diri sendiri, Justice League menyaksikan Bruce Wayne meminta bantuan dari sekutunya nya baru, Diana Prince, untuk menghadapi musuh yang lebih hebat.

Bersama-sama, Batman dan Wonder Woman berkerja keras untuk mencari dan merekrut pasukan ‘metahuman’ dalam usaha menentang ancaman baru. Meskipun terbentuknya pasukan hebat yang terdiri daripada Batman,Wonder Woman, Cyberog, Aquaman dan The Flash, usaha mungkin sudah terlambat yang menyelamatkan planet Bumi dari serangan yang menakutkan.

Justice League, yang menampilkan lakon layar dari Chris Terrio dari cerita oleh Snyder dan Terrio, dibintangi oleh Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko , Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Ratu Hippolyta, dengan JK Simmons sebagai Pesuruhjaya Gordon, dan Amy Adams sebagai Lois Lane.

Related posts

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment