Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jonathan Entwistle Ketuai Perancangan Filem & TV Power Rangers

Pengarah It’s the End of the F-ing World, Jonathan Entwistle telah dipilih untuk mengetuai pembangunan filem dan siri televisyen terbaru Power Rangers oleh eOne, salah sebuah syarikat hiburan Kanada yang dimiliki Hasbro, lapor The Hollywood Reporter

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan eOne, pemilihan Jonathan berdasarkan visi kreatifnya yang luar biasa, dan kejayaannya dalam menghidupkan semula francais filem dan televisyen. 

Jonathan Entwistle sebelum ini telah dipilih oleh Paramount Pictures untuk mengetuai reboot Power Rangers selepas filem yang ditayangkan pada 2017 gagal dipentas box office. Bagaimanapun, studio Paramount kehilangan hakmilik Power Rangers disebabkan eOne telah dibeli Hasbro pada penghujung 2019. 

Berdasarkan francais tokusatsu Jepun Super Sentai, Saban Entertainment membawa Super Sentai versi Amerika dengan siri pertama Mighty Morphin Power Rangers yang ditayangkan di Fox Kids pada 1993. Kejayaan siri pertama mewujudkan francais yang merangkumi beberapa siri televisyen, filem, patung aksi dan patung lain selain dari keluaran Bandai.

Related posts

Pelakon “Moon Knight” Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ski

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Saksikan Reaksi Ethan Hawke & Oscar Isaac Terhadap Trailer “Moon Knight”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Leave a Comment