Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
ReviewSlot Asia

Review Filem Korea: Forgotten (2017)


Filem Korea yang mempunyai atmosfera gabungan misteri, thriller dan seram ini mengisahkan tentang dua orang adik-beradik bernama Jin-seok (Kang Ha-neul) dan Yoo-seok (Kim Mu-yeol) yang baru saja berpindah ke rumah baru mereka bersama ibu-bapa mereka. Jin-seok, sangat mengagumi abangnya yang kelihatan sangat sempurna pada pandangannya.

Jin-seok menganggap abangnya itu sebagai contoh terbaik dalam hidupnya. Pada malam hari pertama perpindahan mereka, Yoo-seok diculik di hadapan mata Jin-seok. Sepanjang abangnya hilang, Jin-seok juga mengalami halusinasi pelik berterusan menghantui dirinya.

Setelah 19 hari berlalu semenjak Yoo-seok diculik, dia kembali semula ke rumah. Namun, dia kelihatan berbeza di mata Jin-seok, seperti orang asing. Yoo-seok berkelakuan seperti orang yang hilang ingatan dan kerap melakukan perkara-perkara pelik.

Walaupun keluarganya cuba untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala, Jin-seok yakin bahawa ada sesuatu yang tidak kena tentang abangnya, dan kemudian terdapat juga sesuatu yang pelik yang menambahkan lagi perasaan ingin tahu dan keanehan yang berlaku di sekeliling Jin-seok iaitu terdapat bilik misteri yang dilarang oleh ayahnya untuk masuk.

Kebanyakan filem yang bertemakan sebegini yang terdapat isu keluarga di dalamnya selalunya menampilkan sebuah keluarga yang tampak sempurna dari luaran tapi menyembunyikan sesuatu yang tidak dijangka, plot sebegini ditampilkan dalam filem ini. Walaupun begitu, melalui kombinasi unsur-unsur yang sudah biasa kita agak, filem ini digarap dengan seenaknya, dengan pembangunan alur cerita yang dipenuhi teka-teki yang menciptakan suasana tegang yang seronok untuk disaksikan yang membuatkan penonton juga tertanya-tanya.


Kang Ha-neul sejak dua menjak ni dah banyak berlakon filem, rasanya untuk tahun 2017 je ada 3 buah filem dia yang ditayangkan. Dia ada potensi menjadi pelakon yang berkaliber dan versatile yang boleh berinteraksi dengan penonton seperti penonton pun turut melakonkan wataknya.

*Ulasan ini telah dikeluarkan di Page Facebook Kakimuvee pada 26 Februari 2018

RATING KAKIMUVEE: 8/10

Link FORGOTTEN


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee