Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan Video

[VIDEO] Selepas ‘Dikecam’ Netizen, Fizi Akhirnya Mohon Maaf Kepada Upin & Ipin

Minggu lalu, tular sebuah video yang memaparkan Fizi telah ‘menghina’ Upin & Ipin tidak mempunyai syurga kerana ketiadaan ibu. Kata-kata Fizi itu telah menguris hati Upin & Ipin memandangkan mereka berdua anak yatim piatu yang ketiadaan ibu dan bapa.

Perbuatan Fizi itu telah mengundang ‘kecaman’ yang teruk dari netizen Malaysia dan Indonesia. Netizen menyatakan bahawa Fizi tidak harus mengeluarkan kata-kata sedemikian, dan mereka turut merasai kesedihan yang dihadapi Upin & Ipin.

Tertekan dengan kecaman yang diterima, Fizi akhirnya mengeluarkan sebuah video memohon maaf kepada Upin & Ipin diatas ketelanjuran kata-kata.

Sebenarnya, video Fizi ‘menghina’ Upin & Ipin merupakan petikan dari salah satu episod terbaru animasi Upin & Ipin. Penerbit Les’ Copaque Production tidak menyangka kata-kata yang diucapkan Fizi telah tular dikalangan penonton di Malaysia dan Indonesia.

Sehubungan dengan itu, pihak penerbit telah mengeluarkan video khas dimana Fizi meminta maaf kepada Upin & Ipin (minit ke 3:30).

Anda boleh saksikan video tersebut dibawah, dan berhentilah ‘mengecam’ Fizi kerana dia masih kanak-kanak yang perlu dibimbing. Lepas ni Fizi jangan terlepas cakap lagi tauu 😀

Related posts

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Gandingan Duo Ayah & Anak Kolaborasi Hebat Datuk Yusof Haslam & Shafiq Yusof Dalam “Gerak Khas Undercover”

Kakimuvee

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Zulaikha

Leave a Comment