Trivia

20 Filem Yang Mendapat Rating Tertinggi Di Laman IMDb

Views

Selain laman Rottentomatoes, Metacritic dan CinemaScore, IMDb juga menjadi para penonton untuk mengentahui rating sesebuah filem. Berbanding Rottentomatoes dan Metacritic yang lebih mementingkan rating dari para pengkritik profesional, IMDb dan CinemaScore mengambil rating dari para penonton.

Tetapi untuk artikel kali ini, kami akan menggunakan platform dari IMDb terlebih dahulu, dan berkongsikan kepada anda 10 filem yang mendapat rating tertinggi dilaman IMDb. Rating ini disusun mengikut jumlah undian penonton, walaupun terdapat filem berkongsi rating yang sama, tetapi kedudukan dibezakan dengan jumlah undian.

Jadi mari kita lihat, filem manakah yang berada dalam carta top 20 IMDb.

20. Se7en (1995)

Rating: 8.6/10

Filem 'pecah otak' arahan David Fincher, dan dibintangi pelakon seperti Morgan Freeman, Brad Pitt, Kevin Spacey. Dua detektif, seorang yang masih baru dan seorang veteran, memburu pembunuh bersiri yang menggunakan tujuh dosa maut sebagai motifnya.

19. Interstellar (2014)

Rating: 8.6/10

Filem sains fiksyen thriller arahan Christoper Nolan yang cukup popular dikalangan kaki-kaki wayang. Berkisarkan sekumpulan angkasawan yang mengembara melalui 'wormhole' di angkasa dalam usaha mencari planet yang sesuai bagi meneruskan kelangansungan hidup umat manusia.

18. One Flew Over the Cuckoo's Nest (1975)

Rating: 8.7/10

Filem One Flew Over the Cuckoo's Nest merupakan sebuah filem drama arahan Milos Forman yang diterbitkan pada tahun 1975. Berkisarkan seorang penjenayah yang mengaku tidak waras dan dimasukkan ke institusi mental, di mana dia memberontak terhadap jururawat yang menindas dan mengumpulkan pesakit yang takut untuk menyertai pemberontakkannya.

17. Goodfellas (1990)

Rating: 8.7/10

Filem gangster arahan pengarah legenda, Martin Scorsese. Kisah Henry Hill dan kehidupannya dalam dunia gangster. Kisahnya merangkumi hubungan dengan isterinya Karen Hill dan rakan-rakannya, Jimmy Conway dan Tommy DeVito dalam sindiket jenayah Itali-Amerika.

16. Star Wars: Episode V - The Empire Strikes Back (1980)

Rating: 8.7/10

Setelah pemberontak dikuasai secara kejam oleh Empayar di planet ais, Hoth, Luke Skywalker memulakan latihan Jedi dengan Yoda, sementara rakan-rakannya yang telah kejar oleh angkatan Darth Vader dan seorang pemburu upahan bernama Boba Fett di seluruh galaksi.

15. The Lord of the Ring: The Two Towers (2002)

Rating: 8.7/10

Filem kedua dalam trilogi The Lord of the Ring. Sementara Frodo dan Sam berada lebih dekat ke Mordor dengan bantuan Gollum yang cerdik, Fellowship of the Ring yang berpecah-belah itu terpaksa menentang sekutu baru Sauron, iaitu Saruman, dan gerombolan tentara dari Isengard.

14. The Matrix (1999)

Rating: 8.7/10

Filem aksi sains fiksyen arahan The Wachowski Brothers, lakonan Keanu Reeves, Laurence Fishburn, Carrie-Anne Moss. Seorang penggodam komputer belajar dari pemberontak misteri mengenai hakikat sebenar realitinya dan peranan dalam perang melawan pengawalnya.

13. The Good, The Bad And The Ugly (1966)

Rating: 8.8/10

Filem The Good, the Bad and the Ugly merupakan sebuah filem aksi koboi keluaran Itali Sepanyol tahun 1966 arahan Sergio Leone. Plot ini berkisar pada tiga orang koboi yang bersaing untuk mencari harta karun yang terkubur di tengah-tengah kekacauan Perang Saudara Amerika (khususnya Kempen New Mexico pada tahun 1862), sambil terlibat dalam banyak pertempuran dan pertarungan di sepanjang jalan.

12. The Lord of the Ring: The Fellowship of the Ring. (2001)

Rating: 8.8/10

Pembuka trilogi The Lord of the Ring, dengan undian sebanyak 1.6 juta dari pengguna IMDB, The Fellowship of the Ring berada di kedudukan ke-12 carta top 20 IMDb. Mengisahkan seorang Hobbit dari Shire bersama-sama lapan sekutunya yang dalam misi memusnahkan cincin berkuasa sekaligus menyelamatkan Middle-Earth dari ancaman Dark Lord Sauron.

11. Forest Gump (1994)

Rating: 8.8/10

Filem legenda lakonan Tom Hanks, arahan Robert Zemeckis. Masih lagi releven untuk ditonton pada zaman ini. Dari presiden Kennedy dan Johnson, peristiwa peperangan di Vietnam, Watergate dan peristiwa bersejarah lainnya berkembang melalui perspektif seorang lelaki Alabama dengan IQ 75 bernama Forrest Gump, yang satu-satu hasratnya adalah untuk bersatu kembali dengan kekasih masa kecilnya. Dengan jumlah undian dari pengguna sebanyak 1.73 juta, Forrest Gump berada ditangga ke-11 carta top 20 IMDB

10. Fight Club (1999)

Rating: 8.8/10

Filem arahan David Fincher ini berkongsi rating dengan filem Lord of the Ring: The Fellowship of the Ring. Bagaimanapun jumlah undian membezakan kedudukan diantara kedua-dua filem ini. Filem pertama Lord of the Ring mendapat 1.5 juta undian dari para penonton manakala filem Fight Club mendapat undian sebanyak 1.78 juta dari penonton, sekaligus menolak filem arahan Peter Jackson itu terkeluar dari senarai top 10 IMDb.

Filem ini mengisahkan seorang lelaki (Edward Norton) yang mengalami tekanan hidup apabila mengalami penyakit insomnia yang sangat teruk. Bagaimanapun kehidupannya berubah apabila dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Tyler Durden (Brad Pitt) yang berkerja sebagai penjual sabun. Mereka berdua telah menubuhkan sebuah kelab "Fight Club" sehinggakan ia berkembang menjadi sesuatu yang lebih banyak lagi.

9. Inception (2010)

Rating: 8.8/10

Dengan jumlah rating dari penonton sebanyak 1.87 juta, filem arahan Christoper Nolan ini berada ditangga kesembilan dalam senarai top 10 IMDb. Filem ini mengisahkan sekumpulan pencuri yang diberikan tugas untuk cuba memasuki minda seorang C.E.O dan menanam idea. Inception agak memeningkan dan memerlukan fokus yang sangat jitu untuk memahami penceritaan filem ini dari mula sehingga tamat.

8. Pulp  Fiction (1994)

Rating: 8.8/10

Filem arahan Quentin Tarantino ini bukan sahaja berada di senarai 10 filem paling tinggi rating di laman IMDb, malah turut berada dalam senarai 30 filem yang paling banyak menggunakan perkataan 'Fuck' dengan jumlah sebutan sebanyak 265 patah perkataan. Terima kasih kepada pelakon John Travolta, Samuel L. Jackson, dan Bruce Willis kerana mereka bertiga terkenal dalam menyumpah seranah didalam filem. Pulp Fiction memaparkan beberapa cerita jenayah yang berlaku di kota Los Angeles, dan disusun dalam kronologi yang berbeza

7. 12 Angry Men (1957)

Rating: 8.9/10

Sebanyak 4 buah filem mendapat rating 8.9/10, salah satunya adalah filem 'hitam putih' 12 Angry Man arahan Sidney Lumet. Dengan undian sebanyak 600 ribu dari penonton, filem ini berada ditangga kelapan dalam senarai 10 filem yang mendapat undian tertinggi di laman IMDb.

Filem bertemakan drama mahkamah ini mengisahkan tentang 12 orang juri yang perlu membuat keputusan sukar keatas kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang remaja berusia 18 tahun. Remaja tersebut dituduh membunuh ayahnya, dan dengan hanya dua orang saksi, memaksa seorang juri untuk mempersoalkan moral dan nilai para juri yang lain sehingga menimbulkan drama dan perbalahan dikalangan mereka.

6. Schindler's List (1993)

Rating: 8.9/10 

Dengan jumlah undian sebanyak 1 juta, filem arahan Steven Spielberg ini berada di tangga ketujuh dalam senarai ini. Schindler's List merupakan filem epik drama sejarah mengenai ahli perniagaan Jerman ketika era Perang Dunia Kedua, Oskar Schindler. Filem ini mengisahkan tentang usaha Schindler yang menyelamatkan lebih 1200 orang yahudi dari menjadi mangsa Holocaust dengan mengambil mereka bekerja di kilang miliknya. Sebagai ahli parti Nazi, dia menggunakan pelbagai cara untuk memastikan pekerja-pekerjanya selamat.

5. The Lord of the Rings: The Return of the King (2003)

Rating: 8.9/10

The Return of the King merupakan filem terakhir dalam trilogi Lord of the Ring. Dengan undian sebanyak 1.5 juta dari penonton, filem arahan Peter Jackson ini berada ditangga keenam, dibelakang filem Pulp Fiction. Return of the King menyaksikan penggembaraan terakhir Frodo serta rakan-rakannya dalam memusnahkan cincin milik Sauron, sekaligus menghancurkan kejahatan dari tanah Middle-Earth. Filem terakhir ini turut memaparkan pertempuran epik diantara manusia, elves, dwarf yang bergabung untuk menewaskan bala tentera Sauron. Dengan modal hanya $94 juta, The Return of the King berjaya memberi pulangan sebanyak $1.12 billion seluruh dunia.

4. The Godfather: Part II (1974)

Rating: 9/10

Filem The Godfather: Part II berkongsi rating dengan filem The Dark Knight arahan Christoper Nolan. Tetapi ia dibezakan dengan jumlah undian dimana The Godfather: Part II mendapat undian sebanyak 1 juta dari penonton manakala The Dark Knight mendapat lebih 2 juta.

The Godfather: Park II diarahkan oleh pengarah legenda Francis Ford Coppola dan dibintangi pelakon legenda Al Pacino dan Robert Di Niro. Filem kedua trilogi The Godfather ini memainkan dua peranan iaitu sebagai sekuel dan prekuel kepada filem pertama The Godfather, serta menyampaikan jalan cerita yang selari. Kisah pertama menceritakan mengenai Michael Corleone (Pacino) yang melindungi perniagaan jenayah keluarganya, manakala bahagian prekuel menceritakan perjalanan hidup ayahnya, Vito Carleon (Robert De Niro) dalam membina perniagaan keluarga di kota New York.

3. The Dark Knight (2008)

Rating: 9/10

The Dark Knight merupakan filem 'superhero' terbaik yang pernah dihasilkan setakat ini. Terima kasih diatas idea kreatif pengarah Christopher Nolan dan lakonan hebat mendiang Heath Ledger sebagai Joker. Filem sekuel Batman Begins ini mengembangkan lagi karakter Bruce Wayne (Christian Bale) dalam trilogi The Dark Knight apabila dia berhadapan dengan musuh yang agak psikotik dan kejam. Heath Ledger menerima anugerah Academy bagi kategori Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik pada 2009, tetapi sayangnya, dia tidak dapat menerima anugerah tersebut, kerana membunuh diri pada tahun 2008.

2. The Godfather (1972)

Rating: 9.2/10

Filem pertama dalam trilogi The Godfather dan diarahkan oleh Francis Ford Coppola. Dibintangi Marlon Brando dan Al Pacino sebagai ketua fiksyen dalam keluarga jenayah di kota New York. The Godfather mengisahkan tentang kronologi keluarga Carleone yang diketuai oleh Vito Carleone (Brando) dalam menjalani kegiatan jenayah, serta menceritakan transformasi Michael Carleone (Pacino) yang enggan terlibat dengan perniagaan keluarga sehingga dia menjadi ketua mafia yang kejam.

The Godfather menerima banyak pengiktirafan dari para pengkritik dan majlis-majlis anugerah berprestij. Filem ini pernah mendapat anugerah Filem Terbaik Academy Award ke-45 dan Golden Globe Award ke-30, serta disimpan oleh National Film Registry, sebuah badan di US yang memilih karya-karya terbaik untuk disimpan sebagai rujukan untuk generasi akan datang.

1. The Shawshank Redemption (1994)

Rating: 9.3/10

Dengan jumlah rating penonton lebih dari 2.1 juta, filem adaptasi dari novel Stephen King berjudul Rita Hayworth and Shawshank Redemption, telah berjaya mengatasi filem The Godfather dengan perbezaan rating sebanyak 0.1. Filem arahan Frank Darabont ini mengisahkan tentang Andy Dufresne (Tim Robbins), yang dipenjara seumur hidup selepas dituduh membunuh isterinya, walaupun dia menegaskan bahawa dia tidak bersalah. Diletakkan di penjara Shawshank, Andy berkawan baik dengan Ellis "Red" Redding (Morgan Freeman). Kebolehannya dalam urusan perbankan, Andy dijadikan alat dalam kegiatan pengubahan wang haram yang diketuai oleh warden penjara Samuel Norton (Bob Gunton).

Dari segi box office, The Shawshank Redemption gagal meraih kutipan yang diharapkan kerana filem ini bersaing dengan filem Pulp Fiction dan Forrest Gump. Filem ini hanya mampu meraih $58 juta dolar, bagaimanapun selepas berjaya menerima banyak pencalonan dari anugerah-anugerah berprestij seperti Academy Award serta sebaran dari penonton yang pernah menyaksikan filem ini, The Shawshank Redemption menjadi filem yang paling banyak disewa pada tahun 1995 dan terus menjadi popular sehinggakini. Pada tahun 2015, filem ini disimpan oleh National Film Registry kerana "budaya, sejarah, atau nilai estetik yang signifikan".

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks