
Warner Bros. dan DC Studios telah mengeluarkan trailer terbaru filem adiwira yang dinantikan, The Flash. Diarahkan oleh Andy Muschietti, The Flash akan lancarkan di pasaran global mulai 16 Jun 2023.
Dalam trailer tersebut, penonton diperlihatkan dengan The Flash yang pergi ke masa lampau dan cuba untuk menyelamatkan ibunya. Namun, perbuatannya itu telah mengubah masa depan secara drastik dan tiada metahuman yang boleh mempertahankan bumi.
Trailer itu juga turut menggoda watak Kara Zor-El / Supergirl lakonan Sasha Calle, kepulangan Ben Affleck sebagai Bruce Wayne / Batman, Michael Shannon sebagai General Zod, dan yang paling dinantikan, Michael Keaton yang kembali memainkan peranan ikoniknya sebagai Batman.
Anda boleh tonton trailer The Flash dibawah:
“Barry Allen / The Flash mengembara ke masa lalu untuk menghalang pembunuhan ibunya, yang menyebabkan dia terperangkap dalam realiti alternatif tanpa metahuman,” menurut sinopsis.
Dia meminta bantuan Batman dan Supergirl daripada realiti alternatif untuk menyelamatkan dunia barunya itu daripada Jeneral Zod dan kembali ke alam semestanya
The Flash menampilkan Ezra Miller yang kembali meneruskan peranannya sebagai Barry Allen/ The Flash. Watak Speedster itu pertama kali muncul dalam DCEU menerusi filem Batman v Superman: Dawn of Justice, Justice League dan Zack Snyder’s Justice League.
Menyertai Miller adalah Kiersey Clemons sebagai Iris West, Maribel Verdú sebagai Nora Allen, Sasha Calle sebagai Supergirl, dan Ron Livingston sebagai Henry Allen.