Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review: Butak (2020)


Butak

2020 meneruskan lagi pelayarannya menuju ke akhir tahun dan semakin banyak filem tempatan yang dikeluarkan di platform penstriman atas talian dan juga melalui syarikat penyiaran TV berbayar. Terbaharu, melalui saluran Astro First Exclusive, filem Butak arahan Sabri Yunus telah menemui peminat pada tanggal 8 Oktober 2020 yang lalu.

Mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja di sebuah kampung yang mana boleh dikatakan hampir seluruh penduduk kampung tidak senang dengan perangai dan tingkahlaku Butak yang nakal itu. Beliau sering diherdik dan dimaki hamun oleh sesetengah penduduk kampung sehingga menjadikan beliau lebih bersifat memberontak dan tingkah lakunya tidak dapat dikawal. Walau bagaimanapun, telah menjadi fitrah seorang manusia, sejahat mana sekalipun sesebuah hati itu akan pasti tersimpan rasa ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Butak dalam diam menyimpan perasaan untuk berubah dan mengerjakan ibadah haji di Kota Mekah dan melawat pusara ibunya di sana.

Walaupun Butak dipandang hina oleh orang kampungnya sendiri namun penjaganya tetap setia dan sabar menjaga dan mendidiknya.

Filem ini berlatar belakangkan zaman dahulu kala dimana pada ketika itu, perjalanan ke Mekah masih lagi menggunakan jalan air dengan menaiki kapal untuk berhari hari lamanya berbanding zaman sekarang yang cukup singkat melalui jalan udara dengan menaiki kapal terbang.

Pujian harus diberikan kepada pihak produksi kerana usaha mereka dalam memastikan setiap kontinuiti dalam filem ini terjaga untuk tidak mencacatkan atmosfera filem ini sendiri secara visual. ā€œcolour gradingā€ yang diberikan dengan visual sedikit kusam dan kekuningan menambahkan lagi ā€œfeelā€ semasa menonton filem Butak ini dicampur pula dengan penggunaan loghat yang pastinya bukan loghat yang biasa kita dengar dalam pertuturan harian dan perkara ini menambahkan lagi keunikan filem ini.


Akan tetapi perjalanan cerita yang dilihat sedikit rapuh menambahkan beberapa ā€œmomentā€ yang berulang berulang dalam filem ini dan mungkin akan menimbulkan persoalan di minda penontonĀ ā€œsampai bila benda ni nak berterusan?ā€Ā sepertimana yang dialami oleh saya sendiri sewaktu menonton Butak ini. Walaupun begitu, kualiti lakonan yang diberikan oleh para pelakon dalam filem ini sendiri sudah semestinya tidak dapat disangkal lagi kehebatannya. Kepada yang menontonnya maklum bahawa watak utama dalam filem ini kurang berdialog akan tetapi ā€œbody languageā€ yang dituturkan sudah cukup memberi satu gambaran tentang watak Butak itu sendiri.

Kesimpulannya, filem Butak ini adalah sebuah filem yang perlu diberikan sambutan kerana pihak produksi berani untuk lari dari tipikal filem tempatan tatkala pengeluar filem lain masih mabuk dengan penceritaan cinta yang dibawakan ke dalam setiap hasil filem mereka.

RATING KAKIMUVEE : 7/10


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ā€˜Kau vs Akuā€™ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee