Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Finale Missing: The Other Side Catat Rating Tertinggi Yang Pernah Dicapai Mana-Mana Drama OCN

Drama OCN, Missing: The Other Side menamatkan episod terakhirnya dengan kejayaan. Pada 11 Oktober, finale drama misteri fantasi lakonan Go Soo dan Ahn So Hee mencapai jumlah penonton tertinggi yang pernah dicapai mana-mana drama ‘original’ OCN pada 2020.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terakhir Missiong: The Other Side telah mendapat purata skor 4.8 peratus dan kemuncaknya 5.2 peratus, mencipta rekod peribadi drama tersebut, dan rekod baru untuk semua drama OCN pada tahun ini. 

Missing: The Other Side juga terus menunjukan prestasi yang baik dikalangan demografi utama penonton berusia 25 hingga 49 tahun, dengan penilaian rating sebanyak 3.5 peratus dan 3.7 peratus. 

Sementara itu, drama KBS 2TV, Homemade Love Story terus menarik penonton. Episod kelapan drama hari minggu itu mencatatkan rating tertinggi setakat ini dengan penilaian sebanyak 25.1 peratus dan 28.5 peratus untuk dua bahagiannya.

Related posts

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha

“Taxi Driver” Terus Catat Rating Tertinggi

Zulaikha

Song Joong Ki Kuasai Tangga Pertama Dalam Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“The Good Detective” Kembali Dengan Musim Kedua

Zulaikha