Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating “Voice 4” Meningkat Menjelang Episod Terakhir


Rating drama tvN Voice 4 meningkat menjelang musim finale. 

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru Voice 4 telah merekodkan purata rating sebanyak 3.4 peratus, peningkatan sederhana berbanding episod minggu lalu. 

Voice 4 juga mengekalkan kedudukan pertama dalam slot waktunya dikalangan demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun, dengan memperoleh purata rating sebanyak 2.2 peratus dan kemuncaknya sebanyak 2.6 peratus. 

Sementara itu, drama hit SBS The Penthouse 3, yang tidak bersiaran pada minggu lalu, kembali bersambung dengan merekodkan purata rating sebanyak 15.7 peratus. Rating yang dicatatkan pada episod terbaru sedikit menurun berbanding episod sebelumnya.

Walaubagaimanapun, The Penthouse 3 tetap menjadi program yang paling banyak ditonton di semua saluran pada hari Jumaat – dan juga minisiri yang paling banyak ditonton sepanjang minggu.



Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee