Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Netflix Umum Musim Kedua “Sweet Tooth”


Netflix secara rasmi telah memperbaharui siri fantasi popular Sweet Tooth untuk musim kedua, setelah hampir dua bulan sejak ia memulakan debutnya.

Pengumuman itu disertakan dengan pelancaran video baru, yang anda boleh lihat di bawah, memberikan pratonton pelakon utama termasuklah Christian Convery ketika mereka dengan senang hati memberi reaksi terhadap berita pembaharuan itu. 

Digambarkan sebagai kisah pengembaraan yang mesra keluarga, Sweet Tooth berpusat di sekitar Gus – sebahagian rusa, sebahagian budak lelaki – yang meninggalkan rumahnya di hutan untuk melihat dunia luar yang telah dilanda bencana. Dia bergabung dengan keluarga ragtag manusia dan kanak-kanak kacukan seperti dirinya, mencari jawapan mengenai dunia baru ini dan misteri di sebalik asal-usul hibridnya.

Siri ini dibintangi Christian Convery, Nonso Anozie, Adeel Akhtar, and Will Forte along with James Brolin as the voice of the narrator. Joining them are Aliza Vellani, Stefania LaVie Owen, Dania Ramirez, dan Neil Sandilands.

Sweet Tooth dicipta dan diarahkan oleh Jim Mickle dari lakon layar yang ditulis olehnya bersama Beth Schwartz (Arrow). Kedua-dua mereka turut berfungsi sebagai ‘showrunners’. Penerbit eksekutif terdiri daripada Mickle, Schwartz, Robert Downey Jr., Susan Downey, dan Amanda Burrell, manakala Linda Moran dan Evan Moore sebagai penerbit. 



Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee