Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating “The Penthouse 2” Terus Meningkat, Sementara “Sisyphus: The Myth” & “Mouse” Catat Satu Lagi Penurunan


Drama SBS “The Penthouse 2” tidak menunjukkan sebarang tanda untuk turun. Pada 5 Mac, musim kedua drama hit itu telah mencatatkan satu lagi penilaian penonton tertinggi setakat ini. 

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod kelima “The Penthouse 2” telah merekodkan purata rating sebanyak 20.9 peratus dan 24.4 peratus untuk dua bahagiannya, sekaligus mencipta satu rekod peribadi drama tersebut. 

Drama ini bukan sahaja menguasai tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran, tetapi juga mencatatkan penilaian penonton tertinggi dari mana-mana program yang disiarkan di mana-mana rangkaian pada hari itu.

Sementara itu di JTBC, episod kelima “Beyond Evil” telah merekodkan purata rating sebanyak 3.8 peratus. 

Satu lagi drama JTBC, “Sisyphus: The Myth” telah mencatatkan satu lagi penurunan rating. Episod terbaru drama tersebut, yang ditayangkan pada 4 Mac, telah merekodkan purata rating sebanyak 4.972 peratus, rating terendah setakat ini, dan pertama kali memasuki julat 4 peratus. Penurunan rating “Sisyphus: The Myth” disebabkan saingan hebat dari drama TV Chosun “Miss Trot 2” (yang keudara pada hari Khamis). 


Drama terbaru tvN “Mouse” gagal mengatasi pencapaian episod pertama apabila hanya mencatatkan purata rating sebanyak 4.044 peratus untuk episod kedua. Episod perdana drama misteri thriller itu telah merekodkan purata rating sebanyak 4.948 peratus. Akhir sekali, episod terbaru drama KBS “Hello, Me!” telah merekodkan purata rating sebanyak 2.3 peratus dan 3.1 peratus, penurunan rating berbanding episod sebelumnya.

The Penthouse ditetapkan di apartment penthouse 100 tingkat yang mewah, dan musim pertama menampilkan tiga pelakon wanita sebagai watak utama: “ratu” penthouse Shim Soo Ryeon (Lee Ji Ah), “prima donna” Cheon Seo Jin (Kim So Yeon) yang tidak akan berhenti untuk mendapatkan apa yang dia mahukan, dan Oh Yoon Hee (Eugene) yang akan melakukan apa sahaja untuk memasuki dunia masyarakat tinggi.

Beyond Evil adalah drama psikologikal thriller yang dibintangi Yeo Jin Goo dan Shin Ha Kyun, dua lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja dan melanggar undang-undang untuk memburu pembunuh bersiri. Drama ini diarahkan oleh Shim Na Yeon (Moment of Eighteen) dan ditulis Kim Soo Jin (Mad Dog).

Sisyphus: The Myth adalah drama fantasi misteri yang memberi fokus kepada jurutera genius, Han Tae Sool (Cho Seung Woo) yang berusaha untuk membongkar kebenaran di sebalik kematian abangnya, dan seorang pahlawan elit bernama Kang Seo Hae (Park Shin Hye), yang mengembara masa untuk menolongnya

Han Tae Sool adalah seorang genius yang sangat mahir dalam bidang kejuruteraan dan pengekodan, menyebabkan makhluk misteri mengejarnya. Kang Seo Hae mencari Han Tae Sool kerana dia yakin bahawa jika dia menyelamatkannya, dia dapat menghalang kemusnahan dunia.

Mouse adalah drama misteri thriller yang ditetapkan di dunia dimana manusia dapat mengenalpasti psikopat melalui ujian DND pada janin di rahim ibu. Drama ini berpusat pada persoalan, “Adakah anda akan melahirkan anak itu dengan mengetahui bahawa mereka adalah psikopat?”

Hello,Me! adalah drama komedi romantis fantasi mengenai seorang wanita berusia 37 tahun bernama Ban Ha Ni (Choi Kang Hee), yang menjadi tidak berminat dengan cinta, pekerjaan, dan impiannya.

Dia dikunjungi dan dihiburkan oleh dirinya yang berusia 17 tahun (Lee Re), yang sangat meminati segala-galanya dan tidak takut dengan apa pun di dunia. Kim Young Kwang berperanan sebagai chaebol generasi kedua yang bersemangat bebas Han Yoo Hyun yang tidak pernah dewasa


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee