Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Lihat Poster IMAX “Rurouni Kenshin: The Final” Disini


Menjelang tayangannya pada 23 April ini di Jepun, IMAX telah mengeluarkan poster terbaru “Rurouni Kenshin: The Final” yang menampilkan watak utama berlatarbelakangkan kemusnahan dan kebakaran. Anda boleh lihatnya dibawah. 

Dua filem finale “Rurouni Kenshin” iaitu “The Final” dan “The Beginning” pada awalnya ditetapkan tayangan pada 3 Julai 2020 dan 7 Ogos 2020, tetapi disebabkan pandemik COVID-19, ia ditunda ke April dan Mei tahun ini.

Finale “Rurouni Kenshin” berdasarkan kisah Jinchu, kesimpulan kepada manga asal. Filem pertama membongkar misteri parut bersilang pada wajah Kenshin, sementara filem kedua akan mengikuti pertembungannya terhadap musuh yang paling menakutkan, Enishi.

Berdasarkan manga karya Watsuki Nobuhiro, siri filem live action “Rurouni Kenshin” telah bermula pada 2012, diikuti dua sekuel berjudul “Rurouni Kenshin: Kyto Inferno” (2014) dan “Rurouni Kenshin: The Legends End” (2014).

Takeru Satoh kembali memainkan peranannya sebagai Kenshin Himura. Dia turut disertai Emi Takei sebagai Kaoru Kamiya, Munetaka Aoki sebagai Sanosuke Sagara, Yu Aoi sebagai Megumi Takani dan Riku Ohnishi sebagai Yahiko Myojin


Warner Bros. Japan menjadi pengedar untuk filem ini.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee