Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rating “Mouse” Terus Meningkat, Catat Satu Lagi Rekod Peribadi


Drama misteri thriller “Mouse” terus berjaya menambat hati penonton!

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru drama tvN itu berjaya mencatatkan purata rating sebanyak 6.202 peratus, rating tertinggi setakat ini, mengatasi rating yang dicatatkan episod sebelumnya, iaitu sebanyak 5.985 peratus. 

Selepas mencatat penurunan, rating drama JTBC “Sisyphus: The Myth” kembali meningkat apabila episod terbaru merekodkan purata rating sebanyak 4.848 peratus. Akhir sekali di KBS, drama “Hello, Me!” merekodkan purata rating sebanyak 2.7 dan 3.4 peratus, penurunan berbanding episod sebelumnya. 

Mouse adalah drama misteri thriller yang ditetapkan di dunia dimana manusia dapat mengenalpasti psikopat melalui ujian DND pada janin di rahim ibu. 

Sisyphus: The Myth adalah drama fantasi misteri yang memberi fokus kepada jurutera genius, Han Tae Sool (Cho Seung Woo) yang berusaha untuk membongkar kebenaran di sebalik kematian abangnya, dan seorang pahlawan elit bernama Kang Seo Hae (Park Shin Hye), yang mengembara masa untuk menolongnya


Han Tae Sool adalah seorang genius yang sangat mahir dalam bidang kejuruteraan dan pengekodan, menyebabkan makhluk misteri mengejarnya. Kang Seo Hae mencari Han Tae Sool kerana dia yakin bahawa jika dia menyelamatkannya, dia dapat menghalang kemusnahan dunia. “Sisyphus: The Myth” boleh ditonton di Netflix.

Hello,Me! adalah drama komedi romantis fantasi mengenai seorang wanita berusia 37 tahun bernama Ban Ha Ni (Choi Kang Hee), yang menjadi tidak berminat dengan cinta, pekerjaan, dan impiannya.

Dia dikunjungi dan dihiburkan oleh dirinya yang berusia 17 tahun (Lee Re), yang sangat meminati segala-galanya dan tidak takut dengan apa pun di dunia. Kim Young Kwang berperanan sebagai chaebol generasi kedua yang bersemangat bebas Han Yoo Hyun yang tidak pernah dewasa


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee