Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

THE FLASH: Kiersey Clemons Disahkan Kembali Ke DCEU

Kiersey Clemons disahkan kembali ke DCEU dengan menyertai barisan pelakon “The Flash” sebagai Iris West, yang juga merupakan kekasih dan bakal isteri kepada Barry Allen/The Flash, lapor The Hollywood Reporter.

Berita mengenai penglibatan Clemons hadir sebulan selepas pelakon muda Sasha Calle (The Young and the Restless) menyertai barisan pelakon “The Flash” sebagai Supergirl. 

Ini bukan kali pertama Clemons memainkan peranan Iris West dalam DCEU, dia sepatutnya membuat kemunculan dalam filem “Justice League“, tetapi babaknya telah dipotong selepas tugas pengarahan diberikan kepada Joss Whedon, menggantikan Zack Snyder yang meninggalkan projek DC itu atas sebab peribadi. 

Bagaimanapun, babak yang melibatkan West kembali dimasukkan dalam “Zack Snyder’s Justice League“, yang akan ditayangkan di HBO GO pada 18 Mac ini. .

“The Flash” akan dibintangi Ezra Miller yang kembali meneruskan peranannya sebagai Barry Allen / The Flash. Dia akan disertai Sasha Calle sebagai Supergirl serta Michael Keaton dan Ben Affleck yang dilaporkan kembali meneruskan peranan mereka sebagai Bruce Wayne/Batman. 

Butiran plot masih belum diketahui, tetapi berdasarkan pengumuman di DC FanDome tahun lalu, plot “The Flash” akan diinspirasikan dari jalan cerita komik “Flashpoint” ciptaan Geoff Johns dan Andy Kubert. 

Andy Muschietti (It) akan mengarah filem terbaru Warner Bros./DC, manakala skrip ditulis Christina Hodson. Penggambaran dijadualkan bermula pada April ini bertempat di London.

“The Flash” kini akan ditayangkan pada 4 November 2022

Related posts

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Leave a Comment