Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Poster ‘The Uncanny Counter 2’ Goda Pertembungan Antara Baik & Jahat


tvN telah mendedahkan poster utama The Uncanny Counter 2. 

Dua poster yang baru dikeluarkan mengusik pertembungan antara ‘Counter’ dan Kejahatan baharu. Poster pertama, memaparkan kepulangan skuad Counter, dan mereka kini menjadi lebih kuat dengan pertambahan ahli baru, iaitu Na Jeok Bong, lakonan Yoo In Soo. 

Selain itu, ia turut menyaksikan kepulangan Choi Jang Mool (Ahn Suk Hwan), Counter So Moon (Jo Byeong Gyu), Do Ha Na (Kim Sejeong), Ga Mo Tak (Yoo Joon Sang), dan Choo Mae Ok (Yeom Hye Ran), yang  bersedia untuk menghadapi apa sahaja kejahatan datang kepada mereka.

Sementara itu, poster kedua menonjolkan kejahatan baharu yang akan dihadapi oleh skuad Counter dalam Musim 2: Pil Gwang (dilakonkan oleh Kang Ki Young), Gelly (Kim Hieora), dan Wing ( Kim Hyun Wook).

Anda boleh lihat kedua-dua poster di bawah:


Berdasarkan webtoon popular, The Uncanny Counter adalah mengenai pemburu syaitan yang dipanggil “counter” yang menyamar sebagai pekerja restoran mi dan memburu syaitan yang telah datang ke Bumi untuk mengejar kehidupan kekal. 


Related posts

Kejayaan Filem Pertama Dorong Netflix Pesan Filem Sekuel Troll

Kakimuvee

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Drama Terbaru SBS “The Escape of the Seven” Bermula Baik Pada Episod Pembukaan

Kakimuvee

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Penerbit Sahkan Skrip Musim 2 One Piece Telah Siap

Kakimuvee