Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney Kerugian AS$900 Juta Selepas Kegagalan Box Office Beberapa Filem Terbarunya


Agenda ‘woke’ Disney nampaknya memberi kesan kepada Disney apabila syarikat itu dilaporkan mengalami kerugian besar susulan kegagalan box office beberapa filem terbarunya. 

Menurut penganalisis box office Valliant Renegade, Walt Disney Co. telah kehilangan hampir AS$900 juta selepas lapan filem terakhir studio itu, mengalami kegagalan box office, seperti Lightyear dan Strange World. 

Laporan Valliant Renegade menyebut, salah satu sebab utama mengapa Disney menghadapi banyak masalah untuk mendapatkan penonton di pawagam adalah disebabkan perkhidmatan mereka sendiri. 

Bagaimanapun, itu hanyalah salah satu punca kerana laman hiburan seperti Movieguide® mendedahkan kebenaran disebalik kegagalan filem-filem terbaru Disney. 

Menurut Movieguide, agenda ‘woke’ yang dipromosikan dalam setiap keluaran terbaru mereka menjadi faktor utama kenapa penonton mula menjauhkan diri dari filem-filem terbitan Disney.


Memetik laporan laman tersebut, dua filem terakhir Disney, Lightyear dan Strange World, sukar mendapat kejayaan box office atas pelbagai sebab, tetapi yang terbesar adalah kandungan dalam filem tersebut. 

“Kedua-dua Lightyear dan Strange World gagal menarik penonton dan gagal di box office — Lightyear memperoleh $226 juta berbanding kos $200 juta, manakala Strange World sebahagian besarnya gagal, hanya mengutip $70 juta berbanding modal $180 juta.

Setiap filem ini memaparkan kandungan yang tidak mesra keluarga, yang bermakna ramai ibu bapa memilih untuk tidak membawa anak mereka ke teater.”

Isi kandungan yang tidak bermoral dan tidak mesra keluarga menjadi punca utama kepada kegagalan box office. 

Movieguide turut menyebut, filem seperti Top Gun: Maverick yang lebih bersifat patriotisme dan kurang isu tidak bermoral ternyata lebih sukses di box office berbanding filem yang memasukkan isi kandungan yang tidak bermoral

Sebagai perbandingan, filem tahun 2022 Babylon, yang dibarisi pelakon bintang, telah flop di box office hanya kerana memaparkan banyak kandungan yang tidak bermoral. 

Filem-filem terbaru Disney juga dilihat semakin tidak mesra keluarga, lebih-lebih lagi selepas mereka dilihat semakin obses terhadap seksualiti gender dalam filem-filem terbaru mereka.

Minions: Rise of Gru, yang merupakan satu-satunya filem animasi yang berjaya menduduki kedudukan 10 teratas tahun 2022, membuktikan bahawa penonton bersedia untuk membawa keluarga menonton filem di pawagam, selagi filem yang ditonton mereka tidak menyimpang dari topik dewasa seperti seksualiti. 

Filem Lightyear dan Strange World mengandungi watak LGBTQ+, dan sudah tentu para ibubapa, yang dahulunya adalah penonton terbesar mereka, menjauhkan diri dari filem-filem sebegitu. 


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee