Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Plot “Spider-Man 4” Dedah Rancangan Sam Raimi Untuk Libatkan Vulture, Mysterio, Stilt-Man & Banyak Lagi


Perancangan Spider-Man 4 Sam Raimi runtuh kerana pelbagai sebab dan akhirnya ia digantikan dengan reboot tahun 2012, The Amazing Spider-Man.

Mengikut perancangan awal, John Malkovich sepatutnya memainkan watak The Vulture, dengan Anne Hathaway akan membintangi filem tersebut sebagai Black Cat. 

Selepas Tobey Maguire kembali sebagai Peter Parker dalam Spider-Man: No Way Home, peminat berharap Sam Raimi – yang menerajui Doctor Strange in the Multiverse of Madness tahun ini – dapat membuat filem itu suatu hari nanti

Bercakap dalam buku terbaru, Great Power: How Spider-Man Conquered Hollywood During The Golden Age of Blockbusters, artis papan cerita Jeffrey Henderson menjelaskan rancangan asal untuk Spider-Man 4. Dia menjelaskan bahawa The Vulture adalah kontraktor kerajaan yang melakukan semua pekerjaan kotor bagi pihak mereka.

Mengenai dari mana nama itu berasal, ia mungkin kerana “dia tidak meninggalkan apa-apa kecuali tulang” selepas menyelesaikan perkerjaannya.


Untuk menunjukkan betapa hebatnya penjahat Toomes, dikatakan bahawa kita akan melihat dia menewaskan Spider-Man sehingga hampir mati, menjadikannya lebih kuat dan ganas berbanding Green Goblin dan Doctor Octopus.

Walau bagaimanapun, semuanya tidak akan menjadi malapetaka dan kesuraman. “Kami akan membuka filem dengan montaj semua penjahat yang kami tahu bahawa Sam tidak akan dapat gunakan dalam filem Spider-Man,” jelas Henderson.

“Kerana Peter, kini MJ telah pergi, dia akhirnya berdamai, dan dia suka menjadi Spider-Man. Dia sebenarnya menikmatinya.”

“Jadi kami akan cuba memasukkan The Shocker, Mysterio, Stilt-Man, dan perkara-perkara semacam itu.”

Kita tidak pasti apa yang berlaku kepada Mary Jane Watson, mungkin selamat untuk mengandaikan bahawa hubungan mereka tidak berjaya selepas Spider-Man 3.

Namun, agak seronok melihat semua penjahat gred-B dapat beraksi, seperti dalam Spider-Man: Far From Home dimana Quentin Beck berpotensi menjadi lebih dari sekadar penjahatan buangan. 

Kepada peminat Spider-Man, adakah anda berminat untuk melihat Sam Raimi meneruskan perancangan Spider-Man 4?


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee