
Hayden Christensen akan mengulangi peranan Anakin Skywalker aka Darth Vader dalam siri Disney+ Ahsoka yang akan datang, lapor THR.
Berita ini hadir selepas penggambaran siri Obi-Wan Kenobi, yang dibintangi Ewan McGregor, turut menampilkan Christensesn yang mengulangi peranan tersebut. Walaubagaimanapun, kepulangan pelakon itu ke francais Star Wars sememangnya telah dijangka memandangkan siri ini ditetapkan lima tahun selepas Return of the Jedi.
Christensen pertama kali memegang watak Anakin Skywalker dalam filem Star Wars: Attack of the Clones dan sekuelnya Revenge of the Sith. Tidak dipastikan bagaimana watak Darth Vader akan menyumbang pada jalan cerita siri akan datang. Terdapat kemungkinan dia akan muncul dalam babak kilas balik, walaupun pekara itu agak asing dalam canon Star Wars.
Siri Star Wars: Ahsoka dibintangi Rosario Dawson sebagai watak utama, Ahsoka Tano. The Jedi Knight itu telah menjadi watak utama dalam animasi Star Wars dan turut membuat debut live-action dalam siri The Mandalorian Musim 2. Perincian plot masih belum diketahui. Dave Filoni sedang menulis skrip dan akan menjadi penerbit eksekutif bersama Jon Favreau.
Produksi Ahsoka akan bermula pada awal 2022.