Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Jon Watts Berundur Dari Projek “Fantastic Four”


Menurut Deadline, pengarah Jon Watts dilaporkan telah menarik diri dari projek terbaru MCU Fantastic Four.

Sebab pengunduran Watts adalah kerana pengarah itu mahu berehat dari menghasilkan filem ‘superhero’ buat masa ini. Pengarah itu telah menjadi kegemaran peminat MCU selepas menerajui trilogi Spider-Man,Ā termasuklah filem kemuncakĀ No Way Home.Ā 

Tiada drama diantara pengarah dan Marvel dilaporkan.Ā 

ā€œBerkolaborasi dengan Jon dalam filem Spider-Man sememangnya menyeronokkan,” kata presiden Marvel Studios Kevin Feige dan presiden bersama Louis D’Espositoin dalam satu kenyataan.

ā€œKami tidak sabar untuk meneruskan kerja kami dengannya untuk membawa Fantastic Four ke dalam MCU tetapi memahami dan menyokong alasannya untuk berundur. Kami optimis bahawa kami akan berpeluang untuk bekerjasama semula pada satu hari nanti.ā€


Sementara itu, Watts dalam kenyataan berkata, “membuat tiga filem Spider-Man adalah pengalaman yang luar biasa dan mengubah hidup saya. Saya sentiasa bersyukur kerana telah menjadi sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe selama tujuh tahun.”

“Saya berharap kami akan bekerjasama semula dan saya tidak sabar untuk melihat visi menakjubkan untuk menghidupkan Fantastic Fourā€


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee