Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah ’28 Days Later’ Sahkan Filem Ketiga Siri Itu Akan Dihasilkan


Filem arahan Danny Boyle 28 Days Later yang ditayangkan pada 2002 segera menjadi pilihan peminat yang gemarkan filem-filem bertemakan ‘zombi’. Malah filem kedua berjudul 28 Days Later yang ditayangkan 5 tahun kemudian tetap disukai oleh peminat.

Namun peminat filem-filem zombi tertanya-tanya kenapa filem ketiga siri itu tidak dihasilkan sehingga kini. Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru siri tersebut, pengarahnya, Danny Boyle memberi sedikit berita gembira kepada peminat filem-filem zombi khususnya siri 28 Days Later.

Dalam temubualnya bersama The Independent, Boyle mendedahkan bahawa beliau memiliki ‘idea’ untuk filem ketiga 28 Days Later. Bukan itu sahaja, beliau ingin melakukannya bersama-sama penulis skrip asal, Alex Garland yang kini telah bergelar pengarah.

“Alex Garland and I have a wonderful idea for the third part,”.  “It’s properly good.”

Pendedahkan Boyle tidak bermakna filem ketiga siri itu akan dihasilkan dalam masa terdekat. Tambahan pula jadual Alex Garland agak padat berbanding semasa beliau menghasilkan 28 Days Later.


“He’s concentrating on directing his own work at the moment, so it’s stood in abeyance really, but it’s a you-never-know.”

Apapun, dengan perkembangan terbaru ini dapat memberi harapan kepada peminat yang mahu menyaksikan sambungan bencana zombi. Dalam filem 28 Weeks Later, penamat filem tersebut menunjukkan wabak zombi yang sebelum itu melanda Great Britain telah menular ke Eropah apabila gambaran kota Paris diserang zombi ditunjukkan sebelum filem tamat.

Jadi kepada peminat siri ini, mahukan anda filem 28 Months Later dihasilkan? kongsikan pendapat anda.


Related posts

Sekuel ’28 Days Later’ Kini Sedang Dibangunkan

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd