Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pelakon ‘Captain Raymond Holt’ Dalam Siri Brooklyn Nine-Nine Meninggal Dunia


Pelakon Andre Braugher yang popular menerusi watak Captain Raymond Holt dalam siri hit Brooklyn Nine-Nine meninggal dunia pada usia 61 tahun, semalam.

Menurut laporan The Guardian, punca kematian tidak diperincikan namun jurucakap pelakon terbabit menyatakan Braugher ada mengalami penyakit tertentu.

Mendiang juga cukup popular menerusi watak Detective Frank Pemberton dalam siri Homicide: Life on the Street yang ditayangkan pada 1992 hingga 1998.

Pada 1998, dia memenangi sebuah trofi di acara berprestij Anugerah Emmy menerusi watak berkenaan.

Dia turut menang trofi di anugerah sama pada 2006 menerusi wataknya dalam siri Thief.


Menerusi watak Captain Holt dalam Brooklyn Nine-Nine, dia turut dicalonkan di Anugerah Emmy sebanyak empat kali.

Pada 2014 dan 2016, dia berjaya merai kemenangan di Anugerah Critics Choice untuk kategori pelakon pembantu lelaki terbaik dalam siri komedi.

Mendiang juga pernah muncul dalam banyak filem hebat sepanjang kariernya termasuk Primal Fear, Frequency, The Mist, Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer, Salt, dan The Gambler.

Braugher meninggalkan isterinya juga pelakon Ami Brabson, serta tiga anak lelakinya Michael, Isaiah, dan John Wesley.

Sumber: Harian Metro


Related posts

NBC Tetapkan Tarikh Tayangan Musim Terakhir “Brooklyn Nine-Nine”

Kakimuvee

“Brooklyn Nine-Nine” Akan Tamat Selepas Musim Kelapan

Kakimuvee

6 AMUSING SHOWS ABOUT MISFITS COMING TOGETHER

Zulaikha