Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

“Brooklyn Nine-Nine” Akan Tamat Selepas Musim Kelapan

Rangkaian televisyen NBC mengumumkan bahawa sitcom popular Brooklyn Nine-Nine akan menamatkan sirinya selepas musim kelapan

“Terima kasih banyak kepada rakan kongsi kami yang hebat – Dan Goor, penulis, penerbit dan pelakon dan kru yang sangat berbakat – untuk sebuah komedi yang warisannya akan bertahan sepanjang masa.” ujar Lisa Katz, Presiden Kandungan Skrip, Televisyen dan Streaming Universal NBC dalam satu kenyataan. 

Brooklyn Nine-Nine pada asalnya ditayangkan di Fox untuk lima musim pertama sebelum dibatalkan. Namun, NBC menyambung kembali siri ini sehingga ia berkembang pesat dan mendapat pujian, dengan musim terbaru telah menjangkau lebih 24 juta penonton, 

Produksi musim kelapan kini sedang dijalankan, dan showrunner Dan Goor menyatakan bahawa musim terbaru akan dilancarkan pada penghujung tahun ini. 

Siri ini berkisar pada Jake Peralta (Andy Samberg), seorang detektif NYPD yang berbakat tetapi tidak matang di Presint 99th Brooklyn, yang sering bertelagah dengan pegawai komandannya, Kapten Raymond Holt (Andre Braugher) yang serius dan tegas.

Barisan pelakon terdiri daripada Andy Samberg, Andre Braugher, Terry Crews, Melissa Fumero, Stephanie Beatriz, Joe Lo Truglio, Chelsea Peretti, Dirk Blocker, dan Joel McKinnon Miller. 

Brooklyn Nine-Nine dicipta, ditulis, dan diterbitkan oleh Dan Goor (Parks and Recreation) dan Michael Schur (The Good Place), dan dihasilkan oleh Universal Television, 3 Arts Entertainment, Fremulon, dan Dr. Goor Productions. Goor, Schur, David Miner, dan Luke Del Tredici berperanan sebagai penerbit eksekutif.

Sumber: Comingsoon

Related posts

Produksi Secret Invasion Telah Bermula

Kakimuvee

[VIDEO] Hawkeye Tayang Dua Episod Pertama Pada 24 November, TV Spot Terbaru Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Succession Kembali Untuk Musim Ketiga Pada 18 Oktober Secara Eksklusif Di HBO GO & HBO

Kakimuvee

Teaser Hanna Musim 3 Goda Tarikh Pelancaran Untuk Siri Aksi Drama Amazon

Kakimuvee

The CW Bangunkan Reboot Babylon 5, Michael Straczynski Kembali Sebagai Penulis

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Ketiga The Witcher

Kakimuvee

Leave a Comment