Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“One Dollar Lawyer” & “The Golden Spoon” Memulakan ‘Perang Rating’, Tunjuk Prestasi Baik Pada Episod Pertama


Dua drama terbaru bermula baik malam semalam. 

Pada 23 September, drama terbaru SBS One Dollar Lawyer berjaya menduduki tempat teratas dalam slot waktunya selepas tayangan perdana. 

Menurut Nielsen Korea, episod pertama drama terbaru lakonan Namgoong Min dan Kim Ji Eun itu telah memperoleh rating 8.1 peratus, menjadikannya bukan sahaja program TV yang paling banyak ditonton dalam slot waktunya, tetapi juga merupakan drama Jumaat-Sabtu yang paling ramai penonton pada malam itu.

Sementara itu, drama baharu MBC The Golden Spoon, yang dibintangi oleh Yook Sungjae (BTOB) dan Jung Chaeyeon (DIA)—yang disiarkan dalam slot masa yang sama dengan One Dollar Lawyer—memulakan episod pertamanya dengan purata rating sebanyak 5.1 peratus.

Akhir sekali, drama tvN Blind menunjukkan sedikit peningkatan dengan episod tiga merekodkan rating 2.5 peratus.


Sumber: Soompi

Dua drama One Dollar Lawyer dan The Golden Spoon boleh distrim di perkhidmatan streaming Disney+ Hotstar


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee