Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

WB Padam Trailer “Black Adam” Selepas Dikecam Peminat Zack Snyder Kerana Menggunakan Rakaman ‘Josstice League’


Black Adam berhadapan dengan kontroversi kerana menggunakan rujukan dari filem Justice League tahun 2017.

Trailer terbaru filem lakonan Dwayne Johnson itu telah dikeluarkan baru-baru ini, memaparkan rakaman dari entri DCEU sebelum ini seperti Aquaman, Birds of Prey, Batman v Superman, dan versi asal Justice League. 

Bagaimanapun, peminat segera mengesan rakaman dari filem arahan Joss Whedon itu, dan mereka mula membanjiri ruangan komen trailer tersebut yang mengecam pihak studio kerana menggunakan rakaman dari filem yang tidak diiktiraf mereka. 

Warner Bros. mengambil langkah segera dengan memadam trailer dari media sosial dan saluran YouTube rasmi, dan kemudia memuat naik semula trailer terbaru tanpa sebarang rakaman dari filem asal Justice League. 

Sebelum trailer itu dibuang, ia memaparkan Steppenwolf menyerang Bumi pada zaman purba, sedangkan versi Justice League Zack Snyder, serangan itu dilakukan oleh Darkseid. 


Bukan hanya ruangan komen, peminat juga menzahirkan rasa tidak puas hati di media sosial Twitter:

Kecaman itu mendapat perhatian bintang utama Black Adam, Dwayne Johnson yang berkongsi ciapan dengan menulis “telah dibetulkan” pada kapsyen berserta emoji ‘fist bump’.

“Corrected. Long before the world of heroes and villains, [‘Black Adam’] ruled it all. A god with zero mercy and power born from rage. The [Man in Black] hits theaters worldwide… one month from today. October 21.”

Seperti yang dinyatakan, versi baharu trailer telah membuang semua rujukan Justice League. Walau bagaimanapun, ia tidak memasukkan rakaman daripada Justice League Zack Snyder.

Sebaliknya, adegan Steppenwolf digantikan dengan panahan petir yang disasarkan kepada beberapa orang dalam struktur seperti gua, yang nampaknya berasal dari Black Adam. Kemas kini tersebut telah diterima dengan baik oleh peminat, seperti yang dibuktikan oleh tweet berikut:

Black Adam akan dipimpin oleh Dwayne Johnson sebagai Teth-Adam atau anti-hero yang digelar Black Adam. Kisah latarbelakangnya pertama kali digoda semasa filem Shazam! yang ditayangkan pada 2019. Ini menandakan debut ‘live-action’ watak itu setelah hanya muncul dalam rancangan animasi dan filem seperti Young Justice. Adaptasi filem ini juga diharapkan dapat menampilkan pengenalan filem live-action dari Justice Society of America.

Menyertai Johnson adalah Pierce Brosnan sebagai Doctor Fate, Noah Centineo sebagai Atom Smasher, Quintessa Swindell sebagai Cyclone, dan Aldis Hodge sebagai Hawkman. Barisan pelakon lain termasuklah Sarah Shahi, Marwan Kenzari, James Cusati-Moyer, Bodhi Sabongui, Mo Amer, dan Uli Latukefu dalam peranan yang tidak didedahkan.

Berdasarkan watak Komik DC yang cipta oleh Otto Binder dan C.C. Beck, filem ini diarahkan oleh Jaume Collet-Serra (The Shallows, Jungle Cruise) dari skrip yang ditulis oleh Rory Haines dan Sohrab Noshiryani. Penerbitnya adalah Johnson, Dany Garcia, dan Hiram Garcia dari Seven Bucks Productions bersama dengan Beau Flynn dari FlynnPicturesCo, dengan Scott Sheldon mengawasi projek untuk FlynnPictureCo.

Black Adam akan dilancarkan di pawagam seluruh dunia pada 21 Oktober ini.  


Related posts

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

The Nun 2 Merangkak Jauh Di Box Office Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee