Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

Netflix Lancarkan Trailer 13 Reasons Why Musim Ketiga


Netflix telah melancarkan trailer rasmi siri televisyen 13 Reasons Why musim ketiga, siri tersebut akan keudara selama 13 episod mulai 23 Ogos ini. Anda boleh saksikan trailer 13 Reasons Why dipemain video di bawah.

Siri ini berkisarkan tentang remaja berusia 17 tahun, Clay Jensen dan bekas rakannya, Hannah Baker yang membunuh diri kerana berhadapan dengan cemuhan serta gangguan seksual di sekolah tinggi dan tiada sokongan moral dari rakan-rakan dan pihak sekolah. Seminggu sebelum Hannah membunuh diri, dia telah merakam suara dipeti rakaman dan memberi 13 sebab kenapa dia membunuh diri.

Musim ketiga ini dibintangi Dylan Minnette sebagai Clay Jensen, Brandon Flynn sebagai Justin, Alisha Boe sebagai Jessica, Christian Navarro sebagai Tony, Miles Heizer sebagai Alex, Ross Bulter sebagai Zach, Devin Druid sebagai Tyler dan Justin Prentice sebagai Bryce.

Netlfix telah mengumumkan sambungan musim keempat yang juga musim terakhir 13 Reasons Why dan bakal bersiaran pada tahun hadapan. Bagi peminat-peminat yang belum menyaksikan siri ini, anda boleh saksikan dua musim pertama di Netflix sementara menantikan siaran musim ketiga pada 23 Ogos ini.

https://youtu.be/Pws-LN_-riM



Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee