Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Tempatan

Saksikan Trailer “Suatukala: Timun Mas & Ijo”, Telefilem Yang Menarik Sempena Cuti Sekolah Ini

Tahun lalu, penonton disajikan dengan sebuah kisah dongeng rakyat yang diberikan nafas baru menerusi telefilem Suatukala: Malin Kundang, Merah & Puteh dan Badang. Tahun ini penonton bakal disajikan sebuah lagi telefilem yang diinspirasikan dari kisah dongeng rakyat dari negara jiran kita berjudul Suatukala: Timun Mas & Ijo.

Suatukala: Timun Mas & Ijo mengisahkan tentang kehidupan seorang pekebun bernama Mbak Sarini dari negeri Inderaloka yang berubah selepas menemui bayi ajaib dari sebiji timun gergasi. Benih-benih sakti yang ditanamnya ialah pemberian daripada seorang pengembara bernama Mak Andeh dan pengikutnya Mat Jenin dan seekor raksasa bernama Ijo.

Bayi itu kemudian dinamakan sebagai Timun Mas dan apabila dia membesar, Mak Andeh mahu mengambilnya kembali kerana dia mempunyai kuasa sakti Indera yang kuat. Namun Timun Mas enggan mengikut Mak Andeh. Berbekalkan ilmu yang diajar oleh ibunya, Timus Mas terpaksa mengembara ke hutan secara berseorangan untuk melarikan diri daripada Ijo.

Diarahkan oleh Shamyl Othman dan diterbitkan oleh Lina Tan di bawah syarikat produksi Red Communications Sdn Bhd, Suatukala: Timun Mas & Ijo, Fasha Sandha, Prisia Nasution, Fikry Kiki, Kishok Kumar dan Vanka JKT48. Pelakon dan pelawak Bell Ngasri turut menyumbangkan suara sebagai pencerita.

Telefilem ini boleh dilanggan di Astro First Eksklusif saluran 480 mulai 1 Ogos ini.

Related posts

DRAMA ‘SIAPA JAGA MAK’ PAPAR INSPIRASI KISAH BENAR DARI SINGAPURA

Kakimuvee

Trailer Money Heist Musim Ke-5 Bab. 1: Menyerah Diri Bukanlah Pilihan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

Rosa Salazar Mahu Membalas Dendam Dalam Trailer “Brand New Cherry Flavor”

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Leave a Comment