Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Musim 3 “Yumi’s Cells” Akan Dibincangkan Selepas Pasukan Produksi Berehat


Dengan berakhinya Yumi’s Cells 2, peminat tertanya-tanya mengenai sama ada drama popular itu akan disambung untuk musim ketiga. 

Bagi membalas pertanyaan peminat, pasukan produksi telah mengeluarkan kenyataan untuk musim 3. 

“Kami bersyukur kerana penonton mempunyai jangkaan untuk musim 3, sama seperti mereka menyukai musim 1 dan 2.”

“Musim kedua baru sahaja tamat, dan musim seterusnya memerlukan masa produksi yang panjang, jadi pasukan produksi perlu berehat terlebih dahulu. Musim 3 akan dibincangkan selepas itu.”

Berdasarkan webtoon terkenal dengan nama yang sama, Yumi’s Cells menceritakan kisah seorang pekerja pejabat biasa bernama Yumi – dari sudut pandangan banyak sel otak di kepalanya, yang mengawal setiap pemikiran, perasaan dan tindakannya.


Drama hit ini dibintangi Kim Go Eun yang memainkan watak Yumi, seorang wanita biasa yang bergelut untuk meluahkan perasaannya.

Musim kedua berjaya mendapat rating penonton yang tinggi, dan ia telah digemari oleh peminat di seluruh dunia, termasuk Eropah, Amerika Utara dan Asia Tenggara.

Sumber: Soompi


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee