Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Adrian Teh Kongsi Gambar Belakang Tabir “Bakara”


Penggambaran filem Bakara diteruskan di Turki, dengan pengarah Adrian Teh serta bintang utamanya, Hairul Azreen, telah kongsikan beberapa gambar belakang tabir di set penggambaran. 

Dalam perkongsian terkini Adrian di akaun peribadi Instagram, pengarah itu menggoda peralatan yang digunakan sewaktu penggambaran dan menjanjikan pengalaman sinematik yang memukau kepada penonton. 

Pelakon Hairul Azreen juga tidak ketinggalan dengan kongsi beberapa gambar terbaru Bakara yang menampilkan pelakon lagak ngeri serta gambaran lokasi untuk filem akan datang. 

Butiran lanjut mengenai plot masih belum diketahui, tetapi dilaporkan ia berdasarkan peristiwa ‘Black Hawk Down’ dimana menceritakan sisi pasukan tentera Malaysia ketika mereka terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid semasa pentempuran di Bakara Market, Somalia.

Filem terbitan Act 2 Pictures dan Adaza88 Studio ini mendapat sokongan penuh Tentera Darat Malaysia (TDM) dan menelan kos sebanyak RM20 juta, sekaligus menjadi salah satu filem tempatan paling mahal yang pernah dihasilkan. 


Setakat ini, tarikh tayangan Bakara masih belum diketahui. 


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee