Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Tempatan

Madi Kembali Dalam Trailer Rasmi “Remp-It 2”


Kejayaan filem pertama Remp-It tahun 2006 yang mengutip RM4 juta telah mendorong pelakon dan pengarah Farid Kamil untuk menghasilkan sekuel.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan seperti perbezaan kreatif diantara Farid dan salah seorang bintangnya, Zul Huzaimy sertai pandemik COVID-19, ia tidak menghalang syarikat penerbitan FKX Film, milik Farid Kamil, untuk meneruskan projek sekuel. 

Kini, selepas beberapa lama tertangguh, trailer rasmi dan tarikh tayangan Remp-It 2 telah didedahkan. 

Farid Kamil, yang berkhidmat sebagai pengarah untuk filem kali ini, turut mengulangi perananya sebagai Madi. Menyertainya adalah Cat Farish sebagai Macha, Ahirine Ahirudin sebagai Kayu dan Niezam Zaidi, yang menggantikan tempat Zul Huzaimy sebagai Spark. Antara pelakon lain adalah Izzue Islam, Fared Ridzwan dan ramai lagi.

Butiran plot masih belum didedahkan, tetapi filem ini akan menemui penonton pada 24 November 2022. Anda boleh tonton trailer rasmi Remp-It 2 dibawah:



Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee