Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Umum Filem Terbaru ‘Karate Kid’, Sasar Tayangan Pada 2024


Sony Pictures telah mendedahkan bahawa mereka akan menghasilkan satu filem baharu untuk francais Karate Kid, yang dijadualkan tayangan di pawagam pada 7 Jun 2024. 

Filem tersebut digambarkan sebagai “kepulangan francais Karate Kid yang asal” ke pawagam — menandakan bahawa filem akan datang adalah filem Karate Kid pertama sejak reboot tahun 2010 yang dibintangi Jaden Smith dan Jackie Chan. 

Tiada sinopsis, pengumuman pelakon atau butiran lanjut telah diberikan untuk filem itu, kecuali pengumuman tarikh tayangan dan status teaternya. Langkah ini bukanlah satu kejutan besar memandangkan populariti siri sekuel Karate Kid Netflix, Cobra Kai, yang baru sahaja mengeluarkan musim kelimanya dalam perkhidmatan penstriman.

Walaupun reboot Karate Kid tahun 2010 menerima sambutan bercampur-campur daripada pengkritik dan peminat, ia masih mampu menghasilkan hampir AS$400 juta di box office global.

Dengan populariti francais ini kembali meningkat menerusi siri Cobra Kai, ini mungkin masa yang sesuai untuk membawa siri The Karate Kid kembali ke skrin besar.



Related posts

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee

Brie Larson Akan Terajui Spin-Off ’21 Jump Street’

Kakimuvee

SPIDER-MAN: BEYOND THE SPIDER-VERSE: Penerbit Akui Mungkin Tangguhkan ‘Threequel’ Jika Terpaksa

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Telah Melepasi AS$500 Juta Seluruh Dunia

Kakimuvee

Selepas Bocor Di Media Sosial, Sony Lancar Trailer & Poster ‘Kraven The Hunter’

Kakimuvee