Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Kim So Hyun Menjadi Puteri Pahlawan Yang Berani Dalam Drama Sejarah Romantik “River Where the Moon Rises”


Drama akan datang KBS 2TV, River Where the Moon Rises telah mendedahkan gambar terbaru Kim So Hyun. 

Berdasarkan cerita rakyat Goguryeo, River Where the Moon Rises akan menceritakan kisah cinta Puteri Pyeonggang (lakonan Kim So Hyun) dan On Dal (lakonan Ji Soo). Dalam penceritaan semula kisah terkenal ini, Pyeonggang – yang juga pahlawan berani – adalah seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi wanita pertama yang memimpin Goguryeo.

Dalam gambar terbaru, Kim So Hyun menunjukan karakternya sebagai seorang puteri berani. Dengan berpakaian perisai dan bersikap tekad, Pyeonggang menunggang kuda tanpa rasa takut untuk bertarung dengan aura yang kuat dan menawan. Walaupun wajahnya berlumuran darah, sang putri tetap memancarkan ketenangan dan kekuatan ketika dia berdiri di medan perang

River Where the Moon Rises akan ditayangkan pada 15 Februari ini jam 9.30 malam waktu Korea Selatan.

https://youtu.be/ZXqYM0JBQBg



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee