Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pandangan Terbaru Finn Wolfhard & Mckenna Grace Dalam ‘Ghostbusters: Afterlife’

Gambar terbaru Ghostbusters: Afterlife telah didedahkan majalah Empire, menampilkan pandangan terbaru Finn Wolfhard dan Mckenna Grace. Anda boleh lihatnya dibawah. 

Ghostbusters: Afterlife dibintangi pelakon kanak-kanak Mckenna Grace, Carrie Coon, Finn Wolfhard dan Paul Rudd yang akan memainkan peranan sebagai seorang guru. Pelakon-pelakon asal Ghostbuster, Bill Murray Sigourney Weaver, Annie Potts, Dan Akyroyd dan Ernie Hudson, turut kembali membintangi filem ini dengan membawakan watak masing-masing. 


Filem ini akan menceritakan kisah seorang ibu tunggal dan dua anaknya, yang tiba di sebuah bandar kecil, dimana mereka mula mengetahui hubungan mereka dengan Ghostbusters yang asal dan warisan rahsia yang ditinggalkan oleh datuk mereka.

Carrie Coon akan memainkan peranan sebagai seorang ibu kepada karakter lakonan Mckenna Grace dan Finn Wolfhard.

Jason Reitman bertindak selaku pengarah, menggantikan tempat ayahnya Ivan Reitman yang merupakan pengarah untuk dua filem awal. Reitman juga turut menulis filem ini bersama-sama Gil Kenan.

Ghostbusters: Afterlife akan ditayangkan pada 11 Jun 2021.

Related posts

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Rose Byrne Kembali Sebagai Renai Lambert Dalam “Insidious 5”

Kakimuvee

Leave a Comment