Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Jangan Tonton Kalau Takut! Saksikan Trailer Filem Seram Turki, Siccin 6 Yang Ditayangkan Pada Ogos Ini


Syarikat pengedar filem tempatan, Antenna Entertainments membawakan kepada anda, sebuah filem seram dari Turki berjudul Siccin 6, yang juga merupakan filem terakhir dalam francais Siccin. 

Anda boleh tonton trailer filem tersebut dipemain video dibawah. Amaran! jangan tonton trailer filem jika lemah semangat.

Siri kali ini mengisahkan tentang Yaşar yang sukar untuk menerima kenyataan atas kematian bapanya. Pada masa yang sama, dia berdepan masalah dengan ibu tirinya setelah dia mewarisi harta bapanya. Dia juga mendapat tahu bahawa kakak iparnya Canan yang tinggal serumah jatuh hati kepadanya.

Sementara cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi, kejadian aneh mula berlaku dalam rumah tersebut. Efsun, anaknya yang mengalami gangguan mental, berdepan kisah silam gelap yang menyebabkan keadaan keluarga itu menjadi lebih rumit.

Filem ini diarahkan oleh Alper Mestçi dan dibintangi pelakon seperti Merve Ates, Adnan Koç dan Dilara Büyükbayraktar.


Kepada yang mengemari filem seram dari Turki, jangan lupa saksikan filem Siccin 6 yang akan ditayangkan di Malaysia pada 22 Ogos ini.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee