Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Diana Danielle & Farid Kamil Bakal Menerbitkan Filem “Remp-It 2”


Pelakon Diana Danielle dilaporkan bakal bekerjasama dengan suaminya, Farid Kamil dalam menerbitkan sebuah filem terbaru yang juga merupakan sekuel, Remp-It 2.

Menurut laporan dari Cinemaonline, Diana akan bertindak selaku pembantu penerbit kepada suaminya yang merupakan penerbit filem sekuel berkenaan.

Ini kali pertama pasangan tersebut bekerjasama selepas Diana pernah mengutarakan pendirian untuk tidak bekerja dengan suaminya. Menurut pelakon filem Hanyut itu, dia menerima pelawaan suaminya kerana ingin belajar dalam selok-belok dunia penerbitan.

“Rasanya ramai yang tahu bahawa saya sering mengelak untuk bekerjasama dengan Farid dalam kerja. Tetapi kali ini dia berjaya memujuk saya untuk bekerjasama dengan kerja seninya.

“Farid mahu saya belajar mengenai selok-belok dunia penerbitan. Saya pula tidak pernah mempunyai latar belakang ilmu berkaitan penerbitan. Jadi, apa salahanya,” 


Remp-It 2 akan diarahkan oleh Zul Huzaimy dan dibintangi pelakon seperti Dayana Roza, Cat Farish, Achey, Mamat Sepah, Kazar Saisi, Jaa Sazuran, Arin RL, Azlan Komeng dan Amai Kamaruddin

Filem ini akan berkisarkan tentang kehidupan Spark selepas 12 tahun setelah dibebaskan daripada penjara dan dijangka akan menemui penonton pada Mac 2020.


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee