
Menerusi Instagram Story, bintang Deadpool Ryan Reynolds telah kongsikan gambar pertama Deadpool 3 yang menampilkan dirinya bersama Hugh Jackman dalam sut ikonik masing-masing.
Gamabr itu menandakan buat pertama kalinya Jackman menyarung sut kuning ikonik Wolverine. Anda boleh lihat gambar tersebut dibawah:
First look at Hugh Jackman suited up as Wolverine in 'Deadpool 3' 👀
— Fandom (@getFANDOM) July 10, 2023
(via @VancityReynolds | IG stories) pic.twitter.com/oSL83efWQ8
Reynolds kembali memainkan watak ikoniknya sebagai Wade Wilson/Deadpool bersama Hugh Jackman sebagai Wolverine.
Filem ini juga akan menyaksikan kemunculan wajah yang lebih dikenali, seperti Morena Baccarin sebagai Vanessa, Leslie Uggams sebagai Blind Al, Karan Soni sebagai Dopinder, Brianna Hildebrand sebagai Negasonic Teenage Warhead, Shioli Kitsuna sebagai Yukio, dan Stefan Kapičić sebagai Colossus.
Deadpool 3 diarahkan oleh Shawn Levy (Free Guy, The Adam Projek) dan ditulis oleh Rhett Reese, Paul Wernick, Zeb Well, Ryan Reynolds dan Shawn Levy.
Filem ini diterbitkan oleh Kevin Feige, Reynolds dan Levy. Marvel Studios menetapkan tarikh tayangan pada 3 May 2024.