Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

HBO Bakal Hasilkan Limited Series “Parasite”


HBO kini sedang dalam rundingan untuk menghasilkan siri televisyen adaptasi dari filem Parasite arahan Bong Joon Ho.

Menurut laporan Deadline, Bong dan Adam McKay akan bekerjasama dalam projek siri televisyen tersebut, manakala CJ Entertaiment, studio yang menghasilkan filem Parasite akan turut terlibat bersama-sama syarikat milik McKay, Hyperobject Industries dan satu lagi syarikat penerbitan, Kate Street Picture Company.

Susulan kejayaan besar dibeberapa majlis anugerah berprestij termasuklah Golden Globes yang lalu, adaptasi siri Parasite telah menjadi buruan beberapa syarikat gergasi penstriman video atas talian termasuklah Netflix.

Bong bagaimanapun memilih untuk menghasilkan projek bersama HBO, berdasarkan rekod baik yang dimiliki syarikat tersebut menerusi beberapa siri televisyen – dari Band of Brothers sehingga Big Little Lies – dan bekerjsama dengan penerbit eksekutif Succession, McKay, dimana penerbit itu menjadi pilihan pertama HBO/HBO Max.

Bong dan McKay akan bertindak selaku penerbit eksekutif bersama-sama bos Kate Street Pictures, Dooho Choi. Milky Lee, Cho Young Ki dan Francis Chung mewakili CJ Entertainment dan Kevin Messick untuk Hyperobject Industries.


Bertemakan dark-comedy, Parasite mengisahkan tentang seorang lelaki yang tidak berkerja (Song Kang Ho) yang terlibat dengan kehidupan keluarga kaya selepas anak sulungnya (Choi Woo Shik) mula menjadi pengajar kepada anak perempuan keluarga kaya tersebut.

Parasite dibintangi Song Kang Ho, Lee Sun Kyun, Cho Yeo Jeong, Choi Woo Shik, Park So Dam, Lee Jung Eun serta Chang Hyae Jin dan berdurasi selama 131 minit.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Produksi The Last of Us Musim 2 Dijangka Bermula Pada Awal 2024

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee