Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Scott Derrickson Umumkan Penggunduran Dari Projek Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Pada 2016 yang lalu, pengarah Scott Derrickson telah memperkenalkan sisi mistikal MCU menerusi filem Doctor Strange. Kemudian, dia sekali lagi diberi tanggungjawab untuk mengetuai projek sekuel Doctor Strange in the Multiverse of Madness. 

Namun, segalanya berubah apabila Derrickson dan Marvel tidak sebulu dalam menetapkan halatuju filem kedua Doctor Strange. Menurut laporan Variety, Derrickson terpaksa meninggalkan kerusi pengarahan atas sebab perbezaan kreatif. Walaupun tidak lagi mengarah, Derrickson masih kekal sebagai penerbit eksekutif.


Marvel mengesahkan penggunduran Derrickson menerusi satu kenyataan rasmi dengan menyebut “perbezaan kreatif” sebagai sebab utama.

“Marvel Studios and Scott Derrickson have amicably parted ways on Doctor Strange in the Multiverse of Madness due to creative differences. We remain grateful to Scott for his contributions to the MCU.”

Penggunduran Derrickson bagaimanapun tidak menganggu perancangan produksi. In the Multiverse of Madness kan memulakan penggambarannya pada Mei ini, dan Marvel Studios kini sedang pengarah yang baru.

Filem akan datang menyaksikan Benedict Cumberbatch kembali sebagai Doctor Stephen Strange, dan dia disertai Elizabeth Olsen yang memainkan peranan sebagai Scarlet Witch/Wanda Maximoff. Beberapa pelakon filem pertama seperti Chiwetel Ejiofor, Rachel McAdams, dan Benedict Wong dijangka turut kembali membawa peranan mereka.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan menemui penonton pada 7 Mei 2021.

Related posts

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee

Kutipan Terkumpul “Doctor Strange 2” Kini Melebihi AS$800 Juta

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Kakimuvee

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Leave a Comment