Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Filem Pendek Malaysia Ungguli Pertandingan Filem Pendek Tamil Antarabangsa Zee REEL


Filem pendek Tamil dari Malaysia, Kaki Bangku mengungguli Pertandingan Filem Pendek Antarabangsa, Zee REEL apabila terpilih untuk menduduki tempat pertama. 

Pertandingan itu dianjurkan stesen penyiaran global, Zee Tamil Asia Pasifik dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia FINAS.

Pertandingan itu juga turut menyaksikan empat lagi filem pendek tempatan berjaya menduduki lapam tempat teratas. Filem tersebut adalah Paasam (arahan Vengatesh Ramachandran), Trending Pistha (Lavinia Ann), Cubic Room (Kumaaran Vijayan Wizzy) dan Deepawali Aaron (Nagaiah dan Dinakaran Chandrasegaran).

Dengan kemenangan tiga tempat teratas, Nanthakumaran bakal menjalani latihan amali dengan pengarah-pengarah terkenal. Kesemua lima filem pendek Tamil dari Malaysia itu akan disiarkan di semua saluran ZEE Tamil APAC bermula Februari ini.

Dianjurkan buat kali pertama pada tahun 2020, Pertandingan Filem Pendek Tamil Antarabangsa Zee REEL membariskan juri yang terdiri daripada pembikin filem Kollywood, AL Vijay, Dr. Vimala Perumal (Malaysia), Tamil Nasan, Ketua Program Zee Tamil & Zee Thirai serta pembikin filem Singapura, Rajagopal K dan Yahssir M.


Pertandingan tersebut telah berlangsung dari 28 Oktober hingga 20 Disember tahun lalu.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee