
Drama Royal Secret Agent terus menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan penilaian tontonan tertinggi setakat ini.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod 26 Januari drama KBS itu telah merekodkan purata rating sebanyak 8.6 peratus dan 12.00 peratus, sekaligus memecahkan rating tertinggi, iaitu 11.6 peratus, yang dicatatkan pada episod minggu lalu.
Kejayaan Royal Secret Agent juga merupakan berita baik bagi KBS, selepas tidak memiliki drama pada hari bekerja yang melepasi julat 10 peratus dalam rating penonton sejak Woman of 9.9 Billion pada Disember 2019.
Sementara itu di JTBC, drama She Would Never Know merekodkan purata rating sebanyak 2.127 peratus, rating yang hampir sama dicatatkan pada episod pertama, dan sedikit penurunan berbanding episod sebelumnya.