Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“True Beauty” & “Cheat On Me If You Can” Tunjukkan Peningkatan

Drama hit True Beauty dan Cheat on Me If You Can menunjukan peningkatan penilaian penonton.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), drama KBS Cheat on Me If You Can telah merekodkan purata rating sebanyak 3.0 dan 4.6 peratus, peningkatan mendedak berbanding episod minggu lalu yang mencatatkan rating sekitar 2.6 dan 2.5 peratus.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi drama JTBC Run On apabila rating menurun ke 2.716 peratus berbanding rating episod minggu lalu iaitu 3.405 peratus.

Sementara itu di tvN, True Beauty merekodkan purata rating sebanyak 4.0 peratus, peningkatan berbanding episod minggu lalu. Rating terbaik yang pernah dicatatkan drama itu adalah 4.265 peratus.

Advertising

Cheat on Me If You Can menceritakan kisah Kang Yeo Joo (Jo Yeo Jeong), seorang novelis misteri pembunuhan yang menghabiskan sepanjang hari memikirkan pelbagai cara untuk membunuh orang. Go Joon berperanan sebagai suaminya, iaitu Han Woo Sung, seorang peguam penceraian yang menandatangani kontrak dengan isterinya yang mengatakan “sekirannya kau menipu, kau akan mati”.

Run On menceritakan kisah orang yang cuba berhubung antara satu sama lain dalam bahasa mereka sendiri setelah tinggal di dunia yang berbeza dan pada jarak yang berbeza.

True Beauty berdasarkan webtoon terkenal berjudul yang sama. Drama romantik komedi remaja ini mengisahkan Lim Ju Gyeong (Moon Ga Young), seorang pelajar sekolah menengah yang ceria dan optimistik yang sentiasa bersolek kerana tak yakin dengan wajah aslinya.

True Beauty boleh distrim di Netflix.

Advertising

Related posts

Tayangan “Dear.M” Ditunda Susulan Kontroversi Melibatkan Park Hye Soo

Zulaikha

Love Alarm Season 2 Character Posters Released

Zulaikha

Lee Je Hoon Bersedia Untuk Balas Dendam Dalam Poster Drama Terbaru “Taxi Driver”

Kakimuvee

Rating “River Where The Moon Rises” Terus Kukuh

Zulaikha

Episod Kedua “Vincenzo” & “Times” Catat Peningkatan Rating

Zulaikha

“The Penthouse 2” Lepasi Angka 20 Peratus!, “Vincenzo” Capai Rating Pembukaan Ketiga Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Zulaikha

Leave a Comment