Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Filem Munafik 2 Dicetak Rompak


Selepas beberapa filem terkenal tempatan dicetak rompak, kali ini filem terbaru arahan Syamsul Yusof pula menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggajawab dan kini sudah tersebar secara meluas dilaman sosial.

Berkata kepada akhbar mStar, akaun tersebut dipercayai milik warga Indonesia namun rakaman yang menggunakan telefon pintar itu dilakukan di pawagam Malaysia.

“Saya sudah maklum tentang perkara itu tapi tak mahu ulas lanjut. Ada yang masih tak faham apa yang mereka buat ini salah di sisi undang-undang Malaysia. Pihak Skop Productions akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu. Sila padam video tersebut dan jika masih berdegil syarikat akan ambil tindakan,”

Munafik 2 telah mencipta kejutan apabila berjaya meraih RM40 juta dalam tempoh 17 hari tayangannya. Ianya turut mengatasi beberapa rekod yang dicipta oleh filem arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah.

Filem yang dibintangi oleh Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan Fauzi Nawawi bakal menemui penonton Indonesia pada 26 September ini



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Tuju Tuju (2021)

Ahmad Fariszuan