Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Fantastic Four: Lily James & Jodie Comer Antara Yang Dikaitkan Dengan Watak Sue Storm


Fantastic Four kini sedang menuju ke Marvel Cinematic Universe, dan dikala kita mendengar spekulasi tentang siapa yang akan memainkan watak Reed Richards, tanda tanya masih berlegar dikalangan peminat tentang siapakah yang akan memainkan watak ahli Keluarga Pertama Marvel yang lain seperti Human Torch dan The Thing.

Dalam perkembangan terbaru, kita mungkin mendapat idea tentang pelakon yang dikaitkan dengan watak seorang lagi anggota yang paling berkuasa, Sue Storm a.k.a. Invisible Woman. 

Pengguna Twitter GreatPhase (comicbookmovie) telah mula mendapat perhatian sebagai salah satu daripada media sosial yang popular dan mereka kini telah berkongsi senarai calon yang dikhabarkan untuk peranan itu.

Antara nama yang disebut-sebut ialah Lily James (Pam & Tommy), Amanda Seyfried (Les Misérables), Phillipa Soo (Hamilton), Jodie Comer (Free Guy), Saoirse Ronan (Little Women), dan Vanessa Kirby (Mission: Impossible – Fallout).

Anda boleh melihat foto kesemua mereka di bawah, tetapi sukar untuk menentukan tentang siapakah yang benar-benar layak untuk memainkan watak Sue Storm dalam MCU.


Ketiadaan nama Emily Blunt mungkin membuatkan sesetengah peminat kecewa, tetapi perlu dilihat adakah pelakon itu berminat untuk melakonkan watak itu ataupun tidak. 

Fantastic Four dijadualkan tayangan pada 8 November 2024. 


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee