Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Dua Titan Bergasak Dalam Trailer Pertama “Godzilla vs. Kong”

Warner Bros. dan Legendary telah melancarkan trailer pertama Godzilla vs. Kong, sekuel kepada Godzilla: King of the Monsters dan filem ketiga dalam francais MosterVerse. Anda boleh saksikan dua Titan terhebat bergasak di muka Bumi dalam trailer dibawah. 

Sebagaimana tamadun manusia berjuang untuk masa depan, makhluk Godzilla dan Kong bertarung sesama sendiri. Pertubuhan Monarch dalam misi untuk meneroka ke tempat yang belum pernah diteroka untuk mencari klu mengenai asal usul Titan, sementara konspirasi manusia mengancam untuk menghapuskan Godzilla dan Kong dari muka bumi.


Godzilla vs. Kong merupakan filem keempat dalam francais MonsterVerse selepas Godzilla (2014), Kong; Skull Island dan Gozilla: King of the Monsters. Adam Wingard (Death Note) mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis Terry Rossio (Pirates of the Caribbean: Curse of the Black Pearl).

Barisan pelakon terdiri daripada Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Shun Oguri, Eiza González, Jessica Henwick, Julian Dennison, Kyle Chandler, Demián Bichir, Zhang Ziyi, Van Marten dan Lance Reddick.

Godzilla vs. Kong akan ditayangkan serentak di HBO Max dan pawagam pada 26 Mac 2021.

Related posts

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

[VIDEO] CAVE RESCUE: Misi Menyelamat Pelajar Yang Terperangkap Dalam Gua Tham Luang

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Kongsikan Trailer & Poster Terbaru Siri Star Wars “ANDOR’ Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Klip Video She-Hulk: Attorney At Law Latihan Diantara Hulk & Jennifer

Kakimuvee

[TRAILER] Alami Ketakutan PENGABDI SETAN 2 – COMMUNION Apabila Ia Ditayangkan Di Pawagam 11 Ogos Ini

Kakimuvee

Leave a Comment