Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Tukar Tarikh Tayangan Ghostbusters: Afterlife, Uncharted, Cinderella & Peter Rabbit 2

Dengan ketiadaan perkhidmatan streaming sendiri, Sony membuat keputusan untuk mengajak tarikh tayangan filem Ghostbusters: Afterlife, Uncharted, Cinderella dan Peter Rabbit 2: The Runaway, lapor Deadline

Ghostbusters: Afterlife kini ditetapkan tarikh tayangannya pada 11 Februari 2022, manakala Uncharted akan menemui penoton pada 16 Julai 2021. Manakala tarikh tayangan Cinderella dan Peter Rabbit 2: The Runaway akan diumumkan kelak.

Ghostbusters: Afterlife dibintangi pelakon kanak-kanak Mckenna Grace, Carrie Coon, Finn Wolfhard dan Paul Rudd yang akan memainkan peranan sebagai seorang guru. Pelakon-pelakon asal Ghostbuster, Bill Murray Sigourney Weaver, Annie Potts, Dan Akyroyd dan Ernie Hudson, turut kembali membintangi filem ini dengan membawakan watak masing-masing. 

Filem ini akan menceritakan kisah seorang ibu tunggal dan dua anaknya, yang tiba di sebuah bandar kecil, dimana mereka mula mengetahui hubungan mereka dengan Ghostbusters yang asal dan warisan rahsia yang ditinggalkan oleh datuk mereka.

Carrie Coon akan memainkan peranan sebagai seorang ibu kepada karakter lakonan Mckenna Grace dan Finn Wolfhard.

Uncharted merupakan prekuel kepada siri permainan video dimana ia akan menceritakan Nathan Drake (Tom Holland) yang pertama kali berhadapan dengan bakal rakannya, Victor Sullivan (Mark Walberg) dan akan membentuk cerita yang akan mengaitkan keseluruhan francais permainan video Uncharted.

Pengarah Zombieland dan Venom, Ruben Fleischer diberi tanggungjawab untuk mengarahkan filem ini. Menyertai Holland dan Mark Wahlberg adalah Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle. 

Filem musikal remake Cinderella adalah gambaran moden mengenai dongeng klasik gadis yatim piatu dengan ibu tiri yang jahat dengan gabungan muzikal. Kay Cannon, yang menulis komedi Pitch Perfect, memperoleh tiga pencalonan Emmy untuk 30 Rock dan mengarahkan komedi Blockers tahun lalu, akan mengarahkan dan menulis filem itu.

Dalam filem Peter Rabbit 2: The Runaway, Bea, Thomas, dan para arnab telah mencipta keluarga sementara, walaupun membuat usaha yang terbaik, Peter tidak dapat meninggalkan reputasinya sebagai arnab yang nakal.

Mengembara keluar dari taman, Peter mendapati dirinya berada di dunia di mana kerosakannya dihargai, tetapi bila keluarganya membahaya diri untuk mencarinya, Peter perlu memikirkan apa jenis arnab yang dia ingin jadi.

 

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment